in

PN Bersetuju Lantik Hamzah Zainudin Sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat

cover 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesyuarat Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) telah bersetuju untuk melantik Ahli Parlimen Larut, yang juga Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, perkara itu telah diputuskan dalam satu mesyuarat yang diadakan beberapa hari lepas.


71618221007 DatukSeriHamzahZ

Jelas beliau, pencalonan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang turut telah dihantar ke Parlimen.

“Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 Ahli Parlimen PN dan bersetuju melantik Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.”

“Jawatankuasa juga turut melantik Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN dan timbalannya ialah Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang,” katanya kepada SUMBER ketika menghadiri majlis kesyukuran meraikan jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Bunot Payung di Wakaf Che Yeh.

Kredit: Sinar Harian

BACA: Desak Tunjuk Bukti PN Dapat Dana PRU15 Dari Syarikat Judi, Anwar Nasihat Jangan Gopoh

Capture 8

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.