Sejak minggu lepas, mereka yang kerap berada di laman TikTok pasti perasan yang lagu Dikir Barat nyanyian Cikgu Naim bertajuk Cicak sedang FYP di platform tersebut.
Maka ramailah yang mula buat video parodi, malah ada juga memuat naik lagu-lagu lain nyanyian Cikgu Naim yang bertemakan haiwan itu.
Namun siapa sangka, lagu berkenaan yang diterbitkan lebih 20 tahun lalu ini boleh terkenal hingga ke negara seberang?
Baru-baru ini, tular satu video seorang netizen dari Indonesia memuat naik video bertanyakan judul kepada lagu yang sedang tular itu. Menurutnya, dia sangat ketagih mendengar lagu Cicak itu dan mahu tahu apakah tajuk lagu berkenaan.
@nrhlzh37 pliss yg tau judulnya spill candu bngtt anjayy🤣🙏#lagu #malaysia #cicak #fyp #viral
Please yang tahu judulnya spill, candu (ketagih) bangat,” kata gadis itu.
Rata-rata netizen di ruang komen teruja melihat minat gadis Indonesia itu kepada lagu berkenaan dan meminta mereka yang berasal dari Kelantan untuk memberi penjelasan kepada gadis ini berkenaan lagu itu.
Anak kepada Cikgu Naim juga dilihat bangga kerana lagu bapanya kini viral hingga ke Indonesia.
Artikel berkaitan: Kerajaan Kelantan Siasat Majlis Makan Malam Ada Tarian ‘Amoi’ Pakai Baju Mencolok Mata
Artikel berkaitan: “Kelakar tapi berisi” – 5 Lagu ‘Legend’ Senario Ni Sebenarnya Ada Kritikan & Nasihat
Latar belakang Cikgu Naim
Sebagai info, Cikgu Naim adalah tokoh dikir barat dari negeri Kelantan dan lagu-lagunya mulai terkenal seawal tahun 2000-an dengan penghasilan video klip serta penjualan audio cakera padat dikir barat.
Sejak dari itu, nama Cikgu Naim naik mendadak dan kebanyakan lagunya disertai dengan mesej ringan serta jenaka.
Tidak ramai juga tahu bahawa Cikgu Naim ini merupakan seorang pendidik (oleh sebab itu menggunakan gelaran cikgu) dan jiwa ‘kekampungannya’ itu tidak pernah menghalang beliau untuk menabur ilmu dan jasa melalui hiburan rakyat.
Walau bagaimanapun, tokoh dikir barat Kelantan ini telah pulang ke rahmatullah pada 5 April 2007 lalu. Kehebatannya dalam dikir barat akan sentiasa dikenang melalui lagu-lagu yang dihasilkan dan masih lagi didengari oleh anak muda sehingga sekarang.
Sumber: TikTok, UMK Depository