Bila tiba bulan Ramadan, ramai orang yang kering idea nak masak apa hari-hari untuk berbuka atau pun sahur kan? Rasanya, ini juga antara sebab kenapa ramai yang ternanti-nanti video dari Khairul Aming masa bulan puasa.
Disebabkan kejayaan Khairul Aming ini, tahun ni memang makin ramai content creator yang buat video memasak di media sosial. Min loikeeee!
“Aku tak faham level toxic tahun ni”
Bagaimanapun, semalam menerusi Twitter, Khairul Aming telah meluahkan kekecewaannya selepas salah seorang netizen telah menuduh chef cilik Danish Harraz tiru konsep videonya.
PUDING MILO DENGAN MILO DRIZZLE. Makan pula sejuk-sejuk? A MUST TRY? Baca juga TIPS yang Danish berikan dibawah posting. Happy cooking! pic.twitter.com/Nzk5qyyixM
— Danish Harraz (@Danish_Harraz) April 13, 2022
Menurut Khairul Aming, komen seperti ini telah merosakkan vibe puasa tahun ini sehingga menjadi toksik dan membuatkan orang ramai bergaduh.
Mulut macam ni la yang rosakkan habis vibe puasa tahun ni. sebelum ni enjoy buat video puasa, tahun ni habis jadi toxic kat twitter. semua org enjoy je buat video masak, sampai la mulut batu api mcm ni muncul. pastu habis jadi gaduh semua orang. Please la stop.”
Tambahnya lagi, dia turut rasa bersalah kerana telah diserang walaupun tak pernah claim atau mention sesiapa selama ini.
aku sampai jadi bersalah sbb org dtg serang aku sekali. padahal aku tak pernah claim, tak pernah mention sesiapa pn. selama ni kitaorg yang memasak sama2 support each other. sampai la muncul benda toxic batu api mcm ni kat twitter. facebook pn tak batu api mcm ni
— Khairulaming (@khairulaming) April 13, 2022
Khairul Aming turut meminta orang ramai untuk berhenti melaga-lagakan orang dan memecah belahkan komuniti tukang masak di Malaysia.
Tolong la stop. annoying sangat dah benda ni. Semua org jadi serabut. Yang geng masak ni buat content ikhlas utk tlg org bulan puasa, takde pn cari gaduh dgn org. Kenapa nk pecah belahkan community yang tak kacau orang ni. Serious aku tak faham level toxic tahun ni.”
“Kesian Abang Khairul Aming”
Sementara itu, Danish Harraz turut meluahkan simpatinya terhadap Khairul Aming dan meminta orang ramai untuk meraikan semua content tak kira dari sesiapa pun.
Hope kita semua boleh kembali seperti sebelum2 ini, raikan setiap perkongsian dan apa saja content tak kira dari siapa dengan pandangan positive dan membina.
Danish terima setiap teguran dan Danish juga akan explain jika ada salah anggap atas perkongsian yang Danish buat.
— Danish Harraz (@Danish_Harraz) April 13, 2022
Betul cakap Khairul Aming dan Danish ni. Dorang takde apa-apa tapi orang lain yang lebih-lebih. Biarlah kalau ramai orang nak buat content memasak pun, lagi banyak idea boleh dapat nak masak apa. Bulan puasa ni baik kita fokus dengan ibadah daripada sibuk mencari salah orang.
Baca: “Thank you geng” – Followers TikTok Khairul Aming Naik Mendadak, Bukti Video Memasak Masih Relevan