Siapa yang tak kenal dengan selebriti dan usahawan, Noor Neelofa yang sering mendapat perhatian ramai oleh kerana gaya fesyennya yang lain daripada lain.
Disebabkan Neelofa ni bawa fesyen pelik-pelik, ramai yang mengecamnya kerana dia dikatakan telah mencalarkan imej muslimah memandangkan pelakon Suri Hati Mr Pilot ini sudah pun bergelar ‘hajah’.
Tak kisah diri sering dikritik netizen, Neelofa baru-baru ni muncul dengan fesyen ‘berani mati’ bagi photoshoot majalah EH!.
https://www.instagram.com/p/ByeDcC1Fbrz/
Cantik tapi nampak macam Maleficent
Penampilan dan gaya yang ditampilkan Neelofa kali ini admin rasa memang power habislah. Rona warna hitam putih memang menaikkan seri betul!

Rata-rata netizen yang melihat gambar photoshoot ni memang puji habislah gaya marketing majalah tersebut dan skill modeling Neelofa.

“Rupa cantik bukan ticket untuk berpakaian pelik-pelik”
Tapi seperti yang korang boleh agak, tak semua yang dilakukan Neelofa disukai oleh ramai terutamanya netizen yang sudah siap sedia untuk membawang. Kebanyakan netizen menegur bahawa gaya yang ditampilkan Neelofa ni memang tak sesuai langsung dengan imej ‘hajah’ yang dibawanya.

“Nampak macam Valak tengah bersiap. Makin lama makin seram dia ni!”
Tak cukup dengan tu, ada juga yang terasa seram melihat fesyen yang digayakan Lofa ni. Sekali pandang macam dalam filem The Nun pulak kan?

Apa-apapun min rasa kita tak ada hak nak tegur itu ini kepada empunya badan sebab itu kehendaknya dalam berfesyen kan. Doakan saja untuknya supaya terus istiqamah dalam menjadi muslimah yang baik. Amin!
Baca: “KOYA DIVA LAH KAU” – Penaja Belon Untuk Set MELETOP, Panas Hati Dengan Perangai Neelofa Sebab..