Susulan protes dan demonstrasi di ibu kota Indonesia, fasiliti-fasiliti seperti plaza tol dan stesen pengangkutan awam di Jakarta dilaporkan telah rosak dan ada beberapa stesen MRT yang tidak menerima penumpang kerana terjejas.
Memetik laporan ANTARA, cermin di stesen tersebut ada yang pecah malah pintu masuk ke stesen juga dicemarkan dengan grafiti dan vandalisme.
Selain itu, perhentian bas TransJakarta di hadapan ibu pejabat polis Metro Jaya di Jakarta juga telah hangus terbakar.
@kitakabarin kondisi 30 agustus 2025, halte senen, istora mandiri, senayan bank dki, polda metrojaya, dll. transportasi umum hangus terbakar dan rusak. trans jakarta berhenti beroperasi sementara dan beberapa stasiun MRT juga rusak. lantas bagaimana rakyat besok saat harus bekerja? bagaimana anak sekolah ketika berangkat sekolah? bagaimana rakyat kedepannya? ujungnya rakyat lagi yang rugikan. lekas pulih indonesia🥀 cc: jakartasight — Info apapun, Kita Kabarin! @KITAKABARIN #fyp #foryou #jakarta #jakartainfo #transjakart #mrt #jkt #foryoupage #fypシ゚ #transportasiumum #senayan #pasarsenen #fyppppppppppppppppppppppp
♬ original sound – gue kabarin info terupdate! – gue kabarin info terupdate!
Artikel Berkaitan: Gara-gara Sifatkan Individu Seru Pembubaran DPR ‘Orang Tolol’ , Orang Ramai Serbu Rumah Ahli Politik Indonesia Ini
Artikel berkaitan: Presiden Indonesia Kunjungi Keluarga Affan Kurniawan, Janji Keadilan dan Siasatan Telus Terhadap Mangsa
Namun, ada juga warganet negara itu yang berpendapat bahawa kejadian kebakaran di stesen pengangkutan awam di Jakarta bukanlah disebabkan oleh peserta protes sebaliknya ia berkemungkinan besar dilakukan oleh pihak yang sengaja mahu mencetuskan provokasi kerana sengaja mahu memburukkan peserta demonstrasi.
Ini kerana menurut mereka, rakyat yang menyertai protes dan demonstrasi itu merupakan rakyat biasa yang tidak mempunyai wang untuk dibazirkan bagi membeli minyak untuk memulakan kebakaran.
Sekitar tujuh buah plaza tol di negara itu juga dilaporkan rosak akibat terbakar ketika protes berkenaan.
Antara yang rosak di plaza tol tersebut ialah kamera litar tertutup (CCTV) dan penghadang konkrit.
Sumber: ANTARA