Masjidil Haram dikejutkan dengan satu kejadian mencemaskan apabila sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki merempuh Pintu 89 malam tadi.
Menurut laporan Harian Metro, rakaman kamera keselamatan mendapati kereta tersebut dipandu laju sebelum ia merempuh pagar di lokasi berkenaan.
Beberapa rakaman detik kejadian turut dikongsikan melalui Twitter Haramain Sharifain.
UPDATE | A Hyundai car, beige colored, collided at Door 89 of Masjid Al Haram at 10:25 pm And the driver was arrested inside the expansion of King Fahad No one was hurt, Alhamdulillah pic.twitter.com/C4TX6cvODs
— Inside the Haramain (@insharifain) October 30, 2020
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Sebaik kejadian, pihak keselamatan dilihat bergegas ke lokasi dan menahan pemandu tersebut.
Mereka turut menutup kawasan berkenaan daripada jemaah lain, dan aktiviti lain di Masjidil Haram berjalan seperti biasa selepas itu.
Difahamkan, kerajaan Arab Saudi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian terbabit.