in

Pilu! Ibu Anak 3 Terlantar Sebab Kanser Tahap 4, Suami Pula Nak Ceraikan

Ft Ibu Hidap Kanser Tahap 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Begitu memilukan dengan dugaan yang menimpa Norazah Abdullah, 50 ini, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, diuji dengan penyakit kanser kanser pangkal rahim tahap empat sejak empat tahun lalu dan kini sedang menunggu masa untuk diceraikan.

Katanya, dia yang bakal bergelar ibu tunggal itu kini dalam keadaan terlantar dan perkara ini cukup perit buatnya, tambahan pula mempunyai tiga anak yang masih kecil.


Artikel berkaitan : “Di situ makan, di situlah tidur” – 11 Beranak Tinggal Di Pondok Usang Tanpa Dinding Selama 18 Tahun

Artikel berkaitan : “Anak umur 5 hingga 11 tahun” – Tidur Di Kaki Lima, 7 Beranak Hampir Sebulan Jadi Gelandangan

“Sebelum ini saya masih sihat dan mampu membuat kuih untuk mencari rezeki. Namun sejak awal tahun ini kesihatan saya semakin merosot dan hanya terbaring, hendak berjalan pun sukar, apatah lagi menguruskan anak-anak.” 

Lebih menyedihkan lagi, suaminya itu mahu menceraikannya sekali gus kesemua anak yang berusia 7 hingga 10 tahun akan berada di bawah jagaannya. Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk berpindah dari Muar, Johor ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.

Katanya, dia kini hanya harapkan keluarga di kampung dan adiknya, Abdul Aziz Abdullah, 46 yang ambil alih menjaga keluarga.

2884942

“Saya sebak bila memikirkan anak-anak terpaksa berhenti sekolah dan berpindah ke Pasir Mas. Dalam keadaan saya begini hanya doa yang mampu kuatkan semangat.”

“Bagaimanapun ALLAH mendengar rintihan saya apabila pihak PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) Pasir Mas telah datang ke rumah dan mereka bersedia menguruskan hal persekolahan anak-anak. Mereka dijangka mula bersekolah kembali Ahad ini.”

Jelas Norazah, ketiga-tiga anaknya itu adalah hasil perkahwinan keduanya pada 10 tahun lalu. Jika diikutkan, Norazah mempunyai 7 orang anak.

2884943

Empat daripada hasil perkahwinan pertama yang berusia 23 hingga 31 tahun itu kini telah membawa haluan masing-masing. Bahkan, bercakap mengenai penyakitnya, wanita itu memberitahu, dia sudah tidak mahu meneruskan rawatan selepas menjalani radioterapi sebanyak 30 kali di Hospital Sultan Ismail, Johor.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.