Penyanyi rap, Caprice meluahkan rasa syukur apabila memperoleh kemenangan bagi kes injuksi interim melibatkan pendakwah selebriti Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menerusi hantarannya di Instagram memaklumkan bahawa pihak terlibat turut mendapat perintah untuk membayar sejumlah wang kepadanya dan pihaknya kini telah mendapat kebenaran untuk bersuara mengenai Ebit Lew.
Artikel berkaitan: Dapat Perintah Injuksi Interim, Caprice Mohon Maaf Terpaksa Padam Semua Video Berkaitan UEL & Mondy
“Hari ini kita menang di Mahkamah Tinggi untuk lawan injuksi interim kes Ebit Lew.
“Pihak sana kena bayar kepada kami sejumlah wang dan kami sekali lagi dibenarkan untuk berkongsi mana-mana berita mengenai Ebit Lew,” tulisnya.
Caprice dedah sebab berdiam diri isu Ebit Lew
Sementara itu, Caprice juga menjelaskan dia terpaksa berdiam diri sebelum ini kerana terikat dengan injunksi interim yang dikenakan oleh pihak lawan.
“Ramai tanya kenapa Cap tiba-tiba lama senyap? Sebab pihak sana pasang injunksi interim agar saya tak dapat petik nama dia atau cover berita mengenainya.
“Tapi hari ni kita menang. Syukur Alhamdulillah.”
View this post on Instagram
Terdahulu, Caprice diperintah untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik pendakwah terbabit. Perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada 5 Oktober lalu.
Dalam perintah tersebut, Caprice turut diarahkan memadamkan rakaman video bersama pempengaruh media sosial Mondy Tattoo yang telah dimuat naik di laman media sosialnya.
Sumber: Instagram