in

“Pi Mydin dapat free” – Viral Gelang Ini Berharga Lebih RM2K, Netizen Samakan Dengan ‘Tali’ Ikat Plastik

Ft Fesy Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan, gaya fesyen zaman sekarang dilihat semakin aneh dan kadang-kadang tidak dapat diterima dalam masyarakat. Malah, ada pula yang menjual fesyen pelik ini dengan harga ‘hanya mampu tengok’!

Apa yang lebih tidak masuk akal, ada pula tu yang sanggup berhabis wang untuk membelinya atas nama ‘ini fesyen, kau apa tahu’.


Aduhai, min pun pening dengan taste korang. 

Sama seperti fesyen terbaru yang direka oleh sebuah syarikat fesyen dari Jepun iaitu jenama Ambush yang menjual koleksi gelang edisi terhad dengan harga yang tidak masuk akal sehingga menjadi viral dalam kalangan netizen.

 

Gelang ala-ala ‘cable tie’ ikat plastik

Gelang 1

Apa yang menjadi perhatian, gelang yang dijual itu bentuknya tidak ubah seperti ‘cable tie’ yang selalu digunakan untuk mengikat plastik. Bukan itu sahaja, gelang ‘cable tie’ itu juga dijual dengan harga lebih daripada RM2K untuk setiap satu! 

Walaupun harganya yang mahal serta bentuknya yang seakan-akan ‘cable tie’ murah yang dijual di kedai Mr. DIY atau ECO Shop, tapi jangan terkejut pula jika min beritahu bahawa masih ada yang sanggup untuk membelinya sehingga kehabisan stok!

Menurut laman web Farfetch yang menjual gelang ‘viral’ tersebut secara online, ianya telah pun habis dijual dan kini kehabisan stok. 

Gelang 3

 

Subang berkonsepkan ‘penyepit baju’ 

Apa yang lebih membuat netizen terkesima, syarikat yang sama turut menghasilkan aksesori subang telinga berkonsepkan ‘penyepit baju’ di ampaian dengan harga lebih daripada RM3K!

Subang 2

Subang 3

Alamak, apa yang mahal sangat tu? Disaluti emas ke? 

Fesyen aneh ini kini menjadi bualan hangat netizen di media sosial dimana kebanyakan daripadanya meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan harga aksesori tersebut yang dianggap terlampau ‘mencekik darah’ sedangkan fesyennya sangat simple dan hanya boleh didapati di kedai-kedai menjual pekakas rumah.

Tak kurang juga ada yang berjenaka telah ‘membelinya’ di kedai semata-mata tidak mahu dicop ‘ketinggalan’ dalam berfesyen seperti netizen di laman Facebook @Sambal Tumis ni.

 

“Pi Mydin dapat free” – Netizen

Komen 3

Komen 1 1

Komen 2

Selalunya pak guard potong guna gunting bila nak bukak, ni pun kena gunting jugak ke? 

Baca: “Style ape ni, pad lock tu letak kat leher” – Tampil ‘Unik’ Dalam Berfesyen, Remaja Ini Dikecam Netizen

Baca Fesyen

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.