in

Petani Dihina Miskin, Jurujual Kereta Terkedu Lelaki Datang Balik Bawa ‘Cash’ RM55K Dalam Masa Sejam

Penjual Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai yang familiar dengan metafora Bahasa Inggeris, Don’t judge a book by its cover. Idiom yang banyak kali digunakan semasa menulis esei Bahasa Inggeris masa zaman sekolah ni menasihatkan agar tak terlalu cepat menghukum atau mengadili seseorang atau sesuatu hanya berdasarkan rupa luaran sahaja.

New Indian Currency E1643430659263
Gambar hiasan

Bercakap mengenai jangan judge sesuatu benda atau manusia hanya daripada rupa luaran, seorang jurujual kenderaan di India ni hanya mahu telan air liur jelah lepas seorang petani yang dihinanya bukanlah orang tak berduit seperti sangkaannya lepas lelaki tu datang balik kedai siap bawak cash sekitar RM55K untuk membeli sebuah kereta.


Jpg 23 61Ee47Da99496 E1643430739906

Lapor india.com, insiden memalukan itu berlaku di daerah Tumakuru, Karnataka apabila seorang Kempegowda yang bekerja sebagai seorang petani telah datang ke sebuah pusat pameran kenderaan bersama rakan-rakannya untuk membeli sebuah pacuan empat roda.

Bagaimanapun, kumpulan itu telah dihalau oleh jurujual kerana menyangka Kempegowda dan rakan-rakannya hanya datang nak window shopping. Kalau diorang nak window shopping pun apa salahnya kan? Mungkin diorang nak survey harga ke…

Tidak cukup dengan menghalau kumpulan terbabit, jurujual kenderaan berkenaan turut dikatakan telah menghina kumpulan terbabit dengan mengatakan dia pasti tak seorang mereka pun ada duit sampai RM50.

Datang balik sejam kemudian

Xmllarge 1565700312 D325588 Edit Copy 0 E1643430834432

Sebelum meninggalkan premis terbabit, kumpulan Kempegowda dilaporkan mencabar jurujual terbabit untuk menghantar kenderaan terbabit ke rumahnya hari ini juga jika dia mampu bawa wang dalam masa sejam.

“Mungkin mereka tengok pakaian saya dan keadaan saya mereka fikir saya tak berduit. Mereka turut cakap orang berduit tak akan datang ke kedai mereka berupa macam saya,” katanya.

“Pak cik saya yang tercabar dan suruh mereka hantar kereta hari tu juga kalau kami datang balik dengan duit dalam masa sejam. Mereka kata mereka akan buat kalau kami berjaya bawak duit dalam masa setengah jam.”

Walau bagaimanapun, jurujual berkenaan hanya mampu menanggung malu saja lepas Kempegowda dan kumpulannya kembali dan membawa wang tunai berjumlah sekitar RM55,000 dalam masa yang ditetapkan.

Namun begitu, jurujual berkenaan menjelaskan dia tak boleh menghantar kenderaan terbabit pada hari sama dan meminta untuk menghantarnya dua hari lagi.

Kes terbabit telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan Kempegowda yang kini sudah hilang minat dengan kenderaan berkenaan meminta pemilik bilik pameran itu untuk menulis surat meminta maaf kepadanya dan kumpulannya.

Sumber: india.com

Baca: Kereta Wanita Dicalarkan Jurujual Biadap Kerana Menolak Untuk Beli Surah Yasin di Pulau Pinang

Page 5 E1643428718644

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.