in

Pesawat Kecil Terhempas, Cetus Kebakaran Besar Di Philadelphia

3pswt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah pesawat kecil yang membawa enam penumpang telah terhempas di pinggir bandar Philadelphia, Amerika Syarikat sekitar 11 malam waktu tempatan.

Memetik laporan Berita Harian, pesawat itu telah terhempas dan menyebabkan kebakaran dan kerosakan besar kepada rumah serta kenderaan akibat serpihan yang berselerakan.


Screenshot 2025 02 01 at 1.37.20 PM

Pihak berkuasa Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata pesawat itu adalah jenis pesawat eksekutif Learjet 55 yang sedang menuju ke Lapangan Terbang Nasional Springfield-Branson di Missouri, dan telah berlepas dari Lapangan Terbang Timur Laut Philadelphia.

Screenshot 2025 02 01 at 1.37.33 PM

Setakat artikel ini ditulis, pihak berkuasa belum mempunyai laporan mengenai jumlah kematian atau kediaman dan jenis kenderaan yang rosak.

 

Baca: Tragedi Nahas American Airlines & Black Hawk: Ini Apa Yang Diketahui Setakat Ini…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.