in

Pesawat Jeju Air Terhempas, 28 Penumpang Dilaporkan Maut

Jeju Air

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekurang-kurangnya 28 orang penumpang dilaporkan maut dalam kejadian pesawat Jeju Air yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan pada jam 9.07 pagi tadi.

Memetik laporan Channel News Asia, pesawat tersebut iaitu Jeju Air penerbangan 7C2216 yang membawa 175 penumpang dan enam orang kru penerbangan itu dari Bangkok dan ketika kejadian, pesawat itu sedang dalam proses untuk mendarat di lapangan terbang di Korea itu.


Difahamkan, pesawat itu telah terbang keluar dari landasan sebelum terhempas di lapangan terbang berkenaan.

5 5

Artikel Berkaitan: Penumpang Hantar Video Ucap Syahadah Kepada Isteri Sebelum Pesawat Azerbaijan Airlines Terhempas

Artikel berkaitan: Pesawat Penumpang Terhempas Di Brazil, 61 Dipercayai Terkorban

Menurut laporan media negara itu, ketika misi menyelamat sedang dijalankan, dua orang mangsa ditemui selamat dan kini difahamkan, pihak penyelamat sedang giat menjalankan kerja-kerja menyelamatkan mangsa-mangsa.

Dalam gambar yang tular di media sosial, dapat dilihat bahawa api dan asap keluar dari pesawat berkenaan.

3 4

Jumlah sebenar mangsa yang maut bagaimanapun belum lagi disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa negara itu namun seramai 28 mangsa dipercayai telah maut dalam kejadian tersebut setakat ini.

Sumber: Channel News Asia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.