in

Pesawat Alaska Airlines Terpaksa Buat Pendaratan Cemas Apabila Panel Tingkap Kapal Terbang Bahagian Penumpang Tercabut

f1 panel tingkap pesawat alaska airlines

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pesawat Alaska Airlines terpaksa membuat pendaratan cemas apabila panel tingkap di bahagian tempat duduk penumpang tercabut ketika kapal terbang yang membawa 177 penumpang itu telah berlepas dari lapangan terbang.

Memetik laporan Astro AWANI, panel tingkap di bahagian tersebut tercabut kerana dipercayai berlakunya masalah dengan tekanan dalam kapal terbang jenis Boeing 737 Max 9 itu.


Nasib baik tiada penumpang yang duduk di tepi tingkap terbabit.

Difahamkan, pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Portland, Amerika Syarikat pada jam lima petang sebelum ia berjaya membuat pendaratan kecemasan dengan selamat tak lama kemudian.

Artikel Berkaitan: Gagal Selamatkan Haiwan Kesayangan Penumpang, Japan Airlines Mohon Maaf Pada Keluarga

Artikel Berkaitan: “Ingatkan akan mati” – Penumpang Kongsi Video Detik Cemas Ketika Pesawat JAL Bertembung & Terbakar

Tular di media sosial gambar dan video ketika kejadian dalam kapal terbang itu yang dikongsikan oleh penumpang.

Difahamkan juga, akibat dari kejadian itu, operasi kesemua pesawat jenis Boeing 737 Max 9 yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan di Amerika Syarikat telah diarahkan digantung sementara oleh Federal Aviation Administration (FAA).

Sumber: RTM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.