Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita mengenai penyanyi nasyid terkenal iaitu Yasin Sulaiman yang berdepan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan memiliki dan mengedar dadah jenis ganja.
Malah sebelum perbicaraannya di mahkamah, ucapan salamnya kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menarik perhatian ramai kerana meminta untuk meluluskan kanabis sebagai penggunaan dalam perubatan.
Terpanggil dengan itu, YB Syed Saddiq telah berjumpa dengan keluarga Yasin pada 13 April dan telah memuat naik gambar pertemuan mereka di Instagramnya @syedsaddiq.
https://www.instagram.com/p/CcSCXNHrJqV/?igshid=YmMyMTA2M2Y=
Syed Saddiq secara terbuka membuat permohonan maaf kepada Yasin dan keluarganya kerana terlepas pandang posting status Facebook yang ditulis pada tahun lalu oleh penyanyi berusia 47 tahun itu.
“Saya mohon maaf kepada Saudara Yasin sebab terlepas pandang post saudara pada Oktober lepas” – Tulis Syed Saddiq
“Ibu bapa hanya mahukan yang terbaik”
Yasin yang dikatakan memiliki ganja kerana menggunakannya untuk mengawal masalah kesihatannya kerana mengalami gangguan bipolar selain dari tekanan stres melampau dan keluarganya sedia maklum dengan keadaannya itu.
“Bila bercakap hal kanabis untuk perubatan, tiba-tiba ia menjadi satu taboo dan tindakan hukuman undang-undang dikenakan.” – Syed Saddiq
Oleh itu, tulis Syed Saddiq lagi, penggunaan kanabis sebagai alternatif perubatan seharusnya mula dikuatkuasakan apatah lagi World Health Organization (WHO) sendiri telah mengeluarkan ia dari senarai narkotik.
Min doakan semoga keluarga Yasin diberikan kekuatan ya! Harapnya semua urusan dimudahkan…
Baca: “Bipolar ini boleh buat dia jadi ‘maniac'” – Keluarga Rayu Rawatan Sewajarnya Untuk Yasin Sulaiman