in

“Pesakit boleh pilih hospital kerajaan atau swasta” – KKM Rancang Perkenalkan Aplikasi Ambulans

Kkm Rancang Aplikasi Ambulans

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang merancang untuk memodenkan perkhidmatan ambulans Malaysia dengan menjalin kerjasama dengan hospital swasta untuk memperkenalkan perkhidmatan inspirasi e-hailing.

Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan KKM, Datuk Seri Norazman Ayob berkata, rancangan ini adalah untuk beralih daripada pemikiran tradisional bahawa hospital mesti memiliki ambulans sendiri.


Pesakit boleh pilih hospital kerajaan atau swasta

Dengan aplikasi ini, ambulans terdekat sama ada milik kerajaan atau swasta akan dihantar ke pemanggil kecemasan dan membawa pesakit ke hospital terdekat.

Selain itu, pengguna juga boleh memilih sama ada mereka atau pesakit itu mahu dibawa ke hospital kerajaan atau swasta.

Artikel berkaitan: “Menyusahkan orang” – Ambulans Terpaksa Usung Pesakit Dari Tempat Parking Sebab Laluan Dihalang Viva

Artikel berkaitan: Ambulans Tak Jumpa Rumah, Ibu Gigih Kayuh Basikal Dalam Gelap Demi Anak Sakit

Menurut Norazman, rancangan terbabit masih lagi dalam perbincangan antara KKM bersama Kementerian Kewangan dan pada dasarnya kedua-dua kementerian telah pun bersetuju untuk hospital kerajaan tidak akan memiliki ambulans sendiri lagi.

Img 7049 Min

“Tetapi itu tidak bermakna kami tidak akan mempunyai ambulans. Kami akan menyewakan ambulans bersama dengan pemandu dan sedang mempertimbangkan sama ada untuk menyertakan paramedik sekali.

“Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan aplikasi untuk ‘Uberise’ atau ‘Grab’ perkhidmatan ambulans, bermakna sekarang pesakit atau sesiapa yang memerlukan perkhidmatan ini tidak perlu menghubungi nombor kecemasan.

“Anda hanya muat turun aplikasi, tekan butang, dan ambulans akan datang kepada anda. Kami panggil ini ‘Uberise Perkhidmatan Ambulans’.

“Mereka boleh bekerjasama dengan KKM dan mencipta perkongsian bersama ambulans, dan mungkin kami boleh berkongsi kos. Itulah kebaikannya,” katanya.

Berkongsi lanjut, aplikasi yang dicadangkan ini juga membolehkan pengguna menjejaki perjalanan ambulans dan anggaran masa ketibaannya.

Jelasnya, tiada caj dikenakan jika orang ramai menggunakan aplikasi ambulans untuk ke hospital kerajaan, hanya mereka yang dibawa ke hospital swasta sahaja perlu membayar bagi perkhidmatan tersebut.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.