in

“Perut harimau pun kempis” – Influencer TikTok Luah Rasa Hampa Dengan Keadaan Zoo Negara

Syaz Ft 2024 09 26T125334.737

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zoo Negara merupakan antara destinasi yang terkenal sejak dahulu lagi dan merupakan antara tempat yang paling dikunjungi ketika hujung minggu atau cuti sekolah.

Pun begitu, baru-baru ini seorang pempengaruh di TikTok meluahkan rasa hampanya dengan keadaan zoo tersebut.


Artikel berkaitan: Terima Hampir 20 Ribu Pengunjung Pada Hari Pertama, Zoo Johor Dibuka Semula Lepas 3 Tahun Ditutup

Artikel berkaitan: Zoo Di Thailand Untung RM 1.5 Juta Gara-gara Badak Air Kerdil ‘Moo Deng’

Dalam hantaran tersebut, Shima Osman yang sering membawa watak jururawat di TikTok miliknya itu berkongsi pengalamannya bersama keluarga berkunjung ke Zoo Negara baru-baru ini.

@shimaosmanmy

BUKAN SAYA SAHAJA TETAPI RAMAI BERKATA DAN INGIN MELUAHKAN JUGA #zooNegaraMalaysia #kl #wheretogoinKL #sisviral #tiktokmalaysia #tiktokreviews

♬ original sound – Shima Osman – Shima Osman

Katanya, kebanyakan haiwan-haiwan yang ada kelihatan lemah, tidak aktif serta berbadan kurus.

“Kita ini sendiri boleh lihat binatang itu ceria atau tidak. Perut harimau pun kempis, tukang bagi makan dekat Zoo Negara besar lagi perutnya. Haiwan yang ada pun jalan macam sakit.

Kawasan sekeliling pun seperti tidak terurus. Akuarium ikan pun air keruh, tak tahu apa yang ada,” katanya.

Menurutnya, Zoo Negara sudah sepatutnya melakukan perubahan drastik termasuklah menukar lokasinya memandangkan lokasi sekarang terletak terlalu dekat dengan kawasan perumahan.

“Binatang-binatang di sana berada dalam keadaan terkumpul pada satu ruang kecil, ruang mereka terhad untuk bergerak. Bayangkan anda (manusia) duduk sebegitu, bertahun-tahun. Tak tertekan?” soalnya.

Video berdurasi 15 minit yang dikongsikannya itu diharap dapat membuka mata pihak berwajib untuk melakukan penambah baikan terhadap destinasi pelancongan itu.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut sudah mendapat hampir 70K tontonan serta lebih 500 komen.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.