Dua tiga hari ini, hangat diperkatakan mengenai isu ‘misi Gaza’ Ustaz Ebit Lew yang telah mendapat perhatian rapper, Caprice sebelum ini dan kemudian semalam ditegur oleh saudara Nadir Al Nuri menerusi Telegram.
Antara satu persoalan yang timbul selepas pendedahan Nadir ialah di mana agaknya barangan sumbangan yang dibeli Ustaz Ebit yang dikatakan terkandas di Kairo, Mesir tidak lama dulu?
Namun persoalan itu akhirnya terjawab selepas pihak Egyptian Red Cross memuat naik video di Facebook memaparkan 300 tan sumbangan dari Kairo itu telah masuk ke Palestin pada hari raya pertama Aidiladha lepas. Boleh lihat video di sini.
Dalam banyak-banyak sumbangan itu, terselit beberapa imej yang memaparkan kotak sumbangan yang mempunyai sticker yang sangat familiar bersama logo bendera Malaysia.
Tak cukup dengan itu juga, Kementerian Solidariti Sosial Mesir telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung sumbangan bantuan kecemasan yang telah disalurkan Egyptian Red Cross kepada rakyat Palestin pada dua hari lepas.
Antara barang sumbangan diberikan kepada rakyat di sana adalah berupa ubat-ubatan buat merawat mereka yang cedera dan terkesan akibat perang lepas. Kesemua bantuan itu juga telah dihantar melalui pintu Rafah.
https://www.facebook.com/EgyptianCabinet/posts/182232483947180
“Tahniah misi UEL berjaya bantu warga Palestin”
Berita kemasukan barang bantuan yang dibeli Ustaz Ebit Lew dari Kairo itu telah menerima pelbagai komen positif netizen.
Ramai juga bersyukur barangan sumbangan tersebut tidak terkandas begitu lama, dan akhirnya sampai juga kepada mereka yang memerlukan.
Syukurlah satu persoalan sudah terjawab. Yang lain-lain katanya akan dijawab oleh Ustaz Ebit pada sesi live pukul 12 tengah hari nanti. Jadi stay tuned semua.