in

Persoal Tindakan Pegawai Imigresen, Pasangan Singapura Dakwa Tak Dibenar Masuk Malaysia 6 Bulan

warga singapura pasport

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial kisah pasangan warga Singapura yang mendakwa mereka tidak dibenarkan masuk ke Malaysia tanpa alasan yang kukuh.

Menerusi perkongsian page Facebook SGRV Admin, pasangan itu ingin masuk ke Malaysia melalui Tuas Checkpoint, namun si suami mendakwa dia dilayan oleh pegawai imigresen yang ‘tidak sopan’.


Selepas sejam menunggu di Tuas Checkpoint, dia dan isterinya tiba di salah satu daripada dua kaunter yang dibuka di sebelah sempadan Malaysia, lalu diarahkan oleh seorang pegawai wanita ‘dengan nada tidak sopan’ untuk menanggalkan sarung pasport mereka.

Apabila menerima semula pasport mereka, pasangan itu kecewa melihat pegawai itu telah membazirkan muka surat pasport mereka dengan menconteng dan mengecop semula pada muka surat berasingan tanpa sebab.

“Apabila saya di pejabat, saya memberitahu seorang pegawai lelaki, bagaimana cara untuk membuat aduan berkenaan pegawai di kaunter M8, dia menyuruh kami melakukannya secara online.

Tanpa memberi penjelasan kukuh kepada kami, dia pun meninggikan suara dan menyuruh kami lakukan di luar pejabat,” tulisnya.

Selepas isterinya bertanya berkali-kali bagaimana ingin membuat aduan secara online, didakwa pegawai itu semakin geram dan merampas kedua-dua pasport lalu membawanya ke pejabat di tingkat 2 bangunan itu.

Setibanya di situ, kedua-duanya telah dikeluarkan surat ‘Penolakan Kemasukan’ oleh seorang penolong penguasa wanita, apabila mereka bertanya mengapa mereka diberikan surat itu, mereka diberitahu bahawa mereka telah dilarang masuk ke Malaysia sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

“Saya merasakan perkara ini (cop pasport) perlu diseragamkan kerana tidak adil bagi kami (rakyat Singapura) untuk membayar pasport kami dan membiarkan pegawai-pegawai ini membazirkan halaman pasport kami,” tulisnya lagi.

Beliau menambah, pihak imigresen Malaysia harus mengetatkan kawalan ke atas tingkah laku pegawai dan layanan yang diberikan kepada orang asing.

Baca: “Order lain dapat lain”- Wanita Singapura Kena ‘Scam’ Beli Gigi Palsu Online, Rupanya Gigi Mainan

Gigi Palsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.