in

“Persiapan untuk anak di masa depan kot” – Pengantin ‘Nervous’ Tersasul Sebut ‘Peralatan Sekolah’ Sebagai Mas Kahwin

Tersasul 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perasaan nervous atau gementar mungkin merupakan antara perasaan yang tak asing bagi mana-mana pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Macam-macam benda nak kena fikir, lepas tu kalau boleh, nak pastikan semua benda perfect lagi. Fuhhh! Lain macam tekanan.


Kali ini, min nak kongsikan insiden di sebuah majlis perkahwinan yang tular di media sosial Indonesia baru-baru ini kerana adegan spontan dan kelakar yang terjadi saat pengantin lelaki menyebut lafaz ijab dan kabul.

Tersasul E1638071181255

Menurut video yang dikongsikan di laman sosial Instagram @majeliskopi08 itu, dapat dilihat seorang pengantin lelaki lengkap berpakaian serba putih sedang duduk ketika majlis pernikahannya bermula.

Pun begitu, mungkin disebabkan terlalu nervous, si pengantin lelaki telah tersasul menyebut mas kahwin sehingga menyebabkan semua tetamu majlis ketawa terbahak-bahak.

Korang boleh tengok video kat bawah ni:

“Aku terima nikahnya Yuliana dengan mas kahwin satu set peralatan sekolah.”

Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah meraih 46,902 tontonan. Rata-rata warganet juga terhibur dengan aksi berkenaan dan ada juga yang mengakui mereka boleh relate dengan tahap nervous si pengantin lelaki.

Berikut merupakan antara komen netizen:

“Pengantin rindu nak sekolah lagi tu.”

“Persiapan min.. Insya ALLAH dikaruniakan anak. Perlengkapan sekolahkan sdh ada.”

“Dah lah tersasul, tersasul kat mikrofon lagi. Habis semua dengar.”

Sumber: Instagram @majeliskopi08

Baca: “Nervous sangat tu” – Netizen Terbahak Tengok Bapa Pengantin Sebut Nama Sendiri Sewaktu Akad Nikah

2Nikah E1638069200774

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.