in

Pernah Viral Samakan Pakaian Tradisional Iban Dengan Kain Buruk, Ryzal Ibrahim Didenda RM10,000

Ryzal Hina Baju Iban Didenda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiga tahun lalu, pempengaruh terkenal yang juga suami kepada Maryam DurianKimchi, Ryzal Ibrahim pernah mencetuskan kontroversi susulan gurauannya mengenai pakaian tradisional Iban Sarawak.

Dalam video yang dimuat naik di Instagram Story Ryzal, dia memberi beberapa gambaran seperti duit syiling, kain buruk dan sebagainya pada pakaian Maryam yang ketika itu memakai baju tradisi Iban.


Artikel berkaitan: “Tiada sebesar zarah pun niat utk menghina” – Dikecam Sebab ‘Ejek’ Baju Kaum Iban, Duriankimchi Mohon Maaf

Artikel berkaitan: “Terima kasih semua”- Maryam Bersyukur Ramai Masih Sayang Meskipun Suami Teruk Dikecam Isu Pakaian Tradisional Kaum Iban

Dalam perkembangan terkini, pempengaruh berkenaan didenda RM10,000 selepas membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Miri, Sarawak hari ini.

Menurut peguam yang mewakili Ryzal iaitu Firdaus Mohshidi, anak guamnya meluahkan rasa syukur kerana semuanya sudah selesai dan dia sendiri pernah membuat permohonan maaf di semua platform media sosialnya sebelum ini.

Screenshot 2024 02 21 155555

“Alhamdulillah, semuanya sudah selsai. Ryzal pun pernah memohon maaf di semua platform media sosial susulan isu itu dan mengaku salah serta tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.

“Berikutan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Ryzal membayar denda sebanyak RM10,000. Ryzal pun sudah selesai membayar denda tersebut tadi,” katanya.

Dalam pada itu, peguamnya turut memberitahu Ryzal ada memberi sumbangan kepada Persatuan Anak Borneo Semenanjung dan bantuan khas kepada rakyat Sarawak sebanyak RM10,000 tanda memohon maaf.

Dalam kes itu, dua persatuan masyarakat Iban membuat laporan polis atas tindakan Ryzal, menyatakan rasa kecewa dan rasa terhina dengan perbuatan pempengaruh terbabit.

Sumber: Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.