Tidak lama dulu, tular kisah seorang wanita mengamuk dan merosakkan keretanya sendiri ketika ditarik dalam kejadian yang berlaku sekitar Oktober lalu.
Selepas kejadian tersebut, keadaan kereta Honda City berwarna hitam dan hijau lumut itu dilihat rosak teruk di beberapa bahagian luaran dengan kesemua tingkap cermin pecah dan cermin sisi patah.
Artikel berkaitan: Kes Pecahkan Kereta Sendiri Ada ‘Plot Twist’, Rupanya Kereta Sambung Bayar Tapi Owner Tak Bayar Di Bank?
Artikel berkaitan: “Ingat bank rugi ke?” – Netizen Anggap Tindakan Wanita Jahanamkan Kereta Sendiri Kurang Bijak
Honda City dilelong serendah RM2,000
Kereta terbabit kembali menjadi bualan ramai susulan satu hantaran di Facebook menyatakan kereta itu sedang dilelong di sebuah laman sesawang berkaitan lelongan kenderaan.
Menerusi satu tangkap layar yang dikongsikan itu, LOT 127 merupakan kereta Honda City 1.5 VTEC tahun 2008 bertransmisi automatik itu dilelong pada harga RM2,000.
Difahamkan, enjin atau sistem dalaman kereta terbabit masih berfungsi dengan baik meskipun luarannya telah hancur berkecai kerana dirosakkan.
Menurut portal itu juga, kereta pada tahun 2008 berkenaan dilelong di salah sebuah tempat di Subang, Selangor, lapor Sinar Harian.
Terdahulu, tular rakaman video seorang wanita merosakkan Honda City kerana berasa berang selepas tertipu dengan pemilik asal kereta tersebut.
Difahamkan dia berbuat sedemikian selepas mendapati pemilik asal kereta tersebut tidak membayar hutang kepada bank selama lapan bulan walaupun wanita tersebut tidak pernah terlepas bayar bulanan kepada pemilik asal.
Sumber: Facebook, Sinar Harian