in

Pernah Tular Jumpa Ibu Kandung Lepas 27 Tahun Terpisah & Berbeza Agama, Wanita Kongsi Cerita Sebenar

Dayah 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, tular tentang seorang wanita yang berjaya menjumpai ibu kandungnya selepas 27 tahun terpisah. Walaupun sudah berlainan agama, mereka berdua nampak tidak kekok malah akrab ketika pertama kali berjumpa.


Selepas ramai netizen tertanya-tanya bagaimana dua beranak itu terpisah, tuan badan akhirnya tampil menceritakan kisah sebenar.

Diserah ketika usia 2 hari sebab..

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @atiliayusuf_, rakannya yang bernama Dayah berkata dia diserahkan kepada keluarga angkat yang berbangsa Melayu dan beragama Islam ketika berusia dua hari.

Artikel berkaitan: Sudah Berlainan Agama, Ibu Kandung & Anak Akhirnya Berjumpa Selepas 27 Tahun Terpisah

Artikel berkaitan: ‘Bestfriend’ Sejak Kecil, Wanita India & Melayu Ini Sebenarnya Adik Beradik Kandung

Keputusan berat itu dibuat kerana keadaan keluarga kandungnya amat susah dan mereka memikirkan kesihatan Dayah yang baru lahir pada ketika itu.

Waktu umur 2 hari, mak kandung saya serah kepada keluarga Melayu.. sebab tu nama saya Nur Hidayah. Waktu tu hidup mereka susah, ada masalah kewangan dan keluarga. So, mak kandung saya fikir tak nak saya sakit dan abaikan saya jadi dia fikir jalan terbaik untuk serahkan kepada yang layak untuk menjaga.

Masa nak daftarkan saya dekat Jabatan Kebajikan Masyarakat, kebetulan ada saudara kepada datuk angkat saya bekerja di situ.. dia pun call datuk saya bagitahu ada orang nak bagi anak. Bila berbincang semua, diorang pun setuju untuk ambil saya.

Bagaimanapun, Dayah telah dijaga dengan baik, diberi didikan agama yang cukup oleh keluarga angkat dan sudah diberitahu tentang status dirinya.

Ibu 6
Sumber: tiktok

Terdetik nak tengok dokumen lama

Satu hari, Dayah terdetik mahu melihat dokumen-dokumen lama seperti sijil kelahiran dan sijil anak angkat untuk mengimbas semula memori dahulu. Ibu angkat ada bertanya adakah dia mahu mencari keluarga kandung, namun Dayah ketika itu tiada niat mahu berbuat demikian.

Saya ambil gambar surat beranak.. masa tu berbekalkan nama dan IC lama mak sahaja.. Akhirnya saya dapat hint dia duduk mana. Masa tu saya tak beritahu sesiapa lagi.. saya pergi sendiri dan tanya orang sekitar dan tunjuk gambar 27 tahun lepas.

Akhirnya, ada seorang hamba Allah memberitahunya tentang ibu kandung yang memang tinggal tempat berkenaan. Namun, Dayah tidak terus mencari ibu kandungnya pada waktu itu.

@atiliayusuf_

Replying to @🤍 A I N I 🕊️ Cerita sebenar macamana aishah berpisah dengan mak dia . @Dayahhayadⓣⓒⓞⓜⓢ #fyp #fypシ #xyzbca #fyppppppppppppppppppppppp #berandatiktok

♬ original sound – • ᗩTIᒪIᗩ • – • ᗩTIᒪIᗩ •

Jumpa ibu kandung depan mata

Dayah bagaimanapun meminta Atilia untuk menemaninya berjumpa dengan ibu kandung. Selang beberapa hari, mereka berdua pun sampai di hadapan sebuah rumah yang didakwa milik ibu kandung Dayah iaitu Mak cik Jenani.

Sampai kat situ, saya tanya Kak Atilia betul ke saya buat ni? Kak Atilia cakap takpe kita pergi je. Apa-apa jadi, kita terima. Saya lalu depan rumah dia, ngam-ngam ibu kandung saya tengah duduk menghadap pintu. Sekilas pandang, saya tahu tu mak saya. 

Dia berasa sebak kerana itu pertama kali dia berjumpa dengan ibu kandung selepas 27 tahun. Dayah menyerahkan Mak cik Jenani sepucuk surat untuk dibaca.

Sampai dekat nama ‘Aishah’, dia terus pandang saya.. tapi mungkin dia tak yakin. Habis baca surat, dia tanya saya.. “Ni Aishah ke?” Di situlah untuk pertama saya memeluk ibu kandung saya. Dia jemput masuk rumah dan mak bercerita kisah sebenarnya.

Tambah Dayah, tujuannya mencari ibu kandung sendiri kerana ingin tahu sebab utama dia diserahkan kepada keluarga angkat.

Sebab saya nak cari mak kandung sebab dia mak saya. Sejauh mana saya lari, saya tetap anak dia dan dia tetap mak saya. Ceritanya panjang lagi..

Pun begitu, dia berasa bersyukur kerana dapat berjumpa dengan keluarga kandungnya sendiri dan mengakui bukan mudah untuk melalui ujian sebegitu.

Macam ni rupanya ceritanya…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.