in

Pernah Terkenal Dalam ‘Macam Macam Aznil’, Jurulatih Penari Ahmad Kassan Meninggal Dunia

ahmad kassan meninggal dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ingat lagi tak dengan rancangan televisyen yang pernah terkenal satu masa dulu, Macam Macam Aznil?

Dalam rancangan tu, korang pasti familiar dengan nama penari Ahmad Kassan yang sering disebut-sebut dalam rancangan tu kan…


hqdefault

Ahmad Kassan meninggal dunia

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Nil membawa satu khabar duka apabila jurulatih penari popular, Ahmad Kassan dilaporkan sudah meninggal dunia.

Berita berkenaan dimaklumkan Pak Nil menerusi posting di Instagram miliknya hari ini dan dia meluahkan rasa sedih di atas pemergiaan rakannya itu.

Saya baru dapat berita perkhabaran duka tentang pemergian sahabat Pak Nil, Allahyarham Ahmad Kassan yang merupakan antara nadi kuat dalam program Macam Macam Aznil suatu ketika dulu. 

“Beliau dikhabarkan meninggal dunia di Singapura. Saya dah lama tak berhubungan dengan dia. Saya cuma dapat perkhabaran tentang diri dia melalui posting dia di Facebook, Instagram.

“Baru sebentar saya menerima khabar duka bahawa beliau telah kembali ke rahmatullah,” katanya dengan nada sedih.

Menurut Pak Nil, Ahmad Kassan merupakan seorang sahabat yang baik dan rapat dengannya ketika mereka membuat rakaman rancangan ‘Macam Macam Aznil’ dahulu.

ahmadkasan23AA 1693541518

Tambahnya lagi, jurulatih penari itu juga antara tunjang utama dalam program berkenaan dan dia amat terkesan dengan kehilangan sahabatnya itu.

Perkongsian Pak Nil telah menerima pelbagai komen takziah daripada netizen dan juga rakan artis termasuklah dari Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Yasmin Hani, Nad Zainal, Mila Jirin dan lain-lain.

Al fatihah… 

Baca: “Dah nasihat jangan buat video ‘makan diri'” – Terpalit Isu Prank Kek, Ini Penjelasan Pak Nil

pak nil aaa

Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.