Zaman sekarang ni masih banyak lagi kes rogol yang berlaku dan yang paling menyayat hati lagi apabila ia membabitkan mangsa bawah umur.
Baru-baru ini, polis telah menahan seorang pemain bola sepak liga tempatan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan, di Kota Bharu, Kelantan pada Ahad lalu, lapor Bernama.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditangkap di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), malam Ahad lalu selepas pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh mangsa berusia 18 tahun.
Berdasarkan laporan yang diterima, mangsa yang juga merupakan jurujual kain dan tudung mendakwa pada kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika dia berada di rumah dan hendak membuang sampah, suspek datang lalu menolak dan mengheretnya ke katil biliknya.
Mangsa cuba melawan dan menjerit namun malangnya tiada ahli keluarga mangsa berada di rumah ketika kejadian. Mangsa mendakwa yang dia telah dirogol tanpa kerelaannya. Katanya, mangsa sudah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan hasil pemeriksaan mengesahkan terdapat satu kesan koyakan baharu.
Muhamad Zaki berkata, hasil siasatan dan temubual yang dijalankan, mangsa mengenali suspek yang juga merupakan pelanggan tetap kedai makan milik emaknya.
“Mangsa pernah menerima gambar dan mesej berbaur lucah melalui WhatsApp daripada suspek tahun lalu ketika masih bersekolah” – Pemangku Ketua Polis Kelantan
Polis turut merampas baju dan seluar digunakan suspek semasa kejadian jenayah itu dilakukan. Suspek direman selama 4 hari bermula 30 Mei sehingga 2 Jun dan kes turut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).
Harapnya polis dapat selesaikan kes ini dengan secepat mungkin!
Baca: “Viral Kes Diperkosa Abang Kandung, Jawatankuasa Fatwa Kongsi Hukum Gugurkan Kandungan Mangsa Rogol”