in

Viral Kes Diperkosa Abang Kandung, Jawatankuasa Fatwa Kongsi Hukum Gugurkan Kandungan Mangsa Rogol

Fi Rogol 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu rogol bukanlah sesuatu yang kita boleh sewenangnya pandang remeh. Pastinya ramai yang sudah sedia maklum bahawa isu ini merupakan satu perkara serius.


Baru-baru ini, timbul pula kes melibatkan seorang gadis yang baru sahaja berusia 13 tahun telah diperkosa oleh abang kandungnya sendiri yang juga masih bawah umur iaitu berusia 16 tahun. Berita tular ini telah mengejutkan para netizen serta menjadi topik hangat bualan ramai.

Isu ini akan menjadi lebih serius apabila ia berlarutan sehingga menyebabkan mangsa hamil. Banyak pula isu lain yang akan timbul nanti. Adakah si pelaku akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya? Bagaimana pula nasib si mangsa? Adakah dia perlu menjaga kandungan hasil perbuatan rogol itu atau gugurkan sahaja?

Jadi, bagi menjawab persoalan ini, jom kita lihat hukum menggugurkan kandungan mangsa yang dirogol menurut Jawatankuasa Fatwa dengan pindaan sighah seperti di bawah:

  1. Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.
  2. Harus pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari sekiranya janin itu cacat atau berpenyakit yang teruk sehingga boleh membahayakan nyawa ibu.
  3. Pengguguran janin mangsa rogol adalah harus sebelum berusia 120 hari bagi mengelakkan berlakunya fitnah.

Namun, status pewartaan ini adalah tidak diwartakan, jadi ia tidak mempunyai kuasa undang-undang dan penguatkuasaan.

Bila dah viral, netizen ‘berdebat’ pula…

Pun begitu, bagi kes diperkosa abang kandung itu, banyak isu yang telah menjadi bahan debat para netizen di laman sosial terutamanya isu menggugurkan kandungan mangsa tersebut.

Antara isunya ialah keadaan si ibu yang masih lagi di bawah umur dan bersekolah. Jadi agak sukar untuk dia menerima keadaan dirinya yang pastinya belum bersedia dari segi mental dan fizikal untuk hamil.

Selain itu, bayi yang bakal lahir juga berkemungkinan akan berdepan risiko kecacatan fizikal kerana ia merupakan hasil daripada hubungan sumbang mahram. Sekiranya ingin dilahirkan juga, siapakah yang akan memikul tanggungjawab menjaga bayi itu?

Satu lagi isu yang hangat dipersoalkan bagi kes ini ialah berkenaan nasib mangsa pada masa akan datang. Menurut orang ramai, mangsa pasti berdepan dengan trauma yang sangat teruk dan ia semestinya akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

Oleh hal yang demikian, kes rogol ternyata bukan satu isu remeh yang boleh kita abaikan semudahnya. Sudah tiba masanya untuk kita sebagai rakyat Malaysia mengubah mentaliti kita agar tidak memandang serong terhadap mangsa sebaliknya bantu mereka untuk bangkit semula.

Sumber: E-Sumber Maklumat Fatwa (e-SMAF)

Baca: Bapa Ain Husniza Akan Saman Balas Guru PJK Berhubung ‘Lawak Rogol’

Baca Rogol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.