in

Pernah Taja RM3.2 Juta Bersihkan Sungai Malaysia, PMX Ucap Selamat Datang Kepada Coldplay

ft PMX Coldplay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, peminat industri muzik antarabangsa telah menerima berita gembira apabila kumpulan muzik yang berasal dari London, Coldplay telah mengumumkan konsert jelajah dunia mereka akan melibatkan beberapa negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia!

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengalu-alukan kedatangan Coldplay dari United Kingdom ke Malaysia pada tahun ini.


Melalui sebuah perkongsian di Instagramnya, Anwar turut menyampaikan sepatah dua kata kepada band muzik rock tersebut yang bakal melangsungkan konsert mereka pada 22 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

https://www.instagram.com/p/CsA3h3sgud1/

“Coldplay, Selamat datang ke Malaysia. Let us work together, protect our environment and keep the world safe,” katanya dalam video berkenaan.

Ini telah membuatkan ramai warganet berasa tidak sabar untuk mendapatkan tiket persembahannya sejak Coldplay mengumumkan Malaysia terlibat sebagai negara persinggahan untuk menjayakan konsert jelajah dunia mereka.

Mungkin ada dalam kalangan netizen yang masih tak tahu sebenarnya, Coldplay pernah menaja sebanyak RM3.2 juta untuk membersihkan sungai di Malaysia.

@shinkirol

#FYP Kita dah hampir terlupa tapi tidak pada @anwaribrahimofficial @coldplay #coldplay #malaysiamadani #cleanmalaysia

♬ Yellow – Coldplay

Menurut sumber, pada tahun 2022 Coldplay telah berkolaborasi dengan sebuah NGO Belanda, The Ocean Cleanup dalam usaha mencegah sampah dan pencemaran daripada masuk ke dalam laut.

Difahamkan, itu adalah ‘Interceptor’ kedua yang beroperasi di Malaysia selepas Interceptor 002 yang beroperasi di Sungai Klang pada Ogos 2019.

coldplay 1024x682 1

“Jika tiada tindakan, mungkin akan lebih banyak plastik daripada ikan di lautan pada tahun 2050. Maka sebab itulah kerja The Ocean Cleanup sangat penting,” katanya.

Menurut founder dan CEO The Ocean Cleanup, Boyan Slat, Malaysia adalah negara pertama yang menerima Interceptor 005.

Selain Malaysia, Coldplay dijangka beraksi di beberapa negara lain iaitu Jepun pada (6 November dan 7 November) disusuli Taiwan (11 November), Indonesia (15 November) dan Australia (18 November).

Maknanya diaorang ni memang pencinta alam sekitar la kan!

Sumber : Kosmo, Instagram, TikTok

Baca : NGO Berjaya Keluarkan Sejuta Kilo Sampah Dari Sungai Klang

sampah sungai klang 728x383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.