Walaupun isu mengenai bisnes skim Multilevel-Marketing (MLM) telah diketahui sejak dahulu, ramai juga anak muda yang terpancing dengan kemewahan beberapa individu yang selalu menunjuk-nunjuk wang tunai serta barangan mewah yang mereka miliki.
Menerusi satu video yang tular di TikTok, seorang gadis menceritakan kisahnya yang pernah menyertai skim seperti itu dua tahun yang lalu.
Pernah ada income RM15 ribu
Seperti yang kita sedia maklum, skim MLM ini akan memperkenalkan bisnes mereka kepada orang ramai namun tidak pasti produk ataupun servis apa yang mereka jual. Jika ada yang ingin menyertai bisnes tersebut, mereka akan menyuruh orang itu membayar sejumlah wang sebagai modal.
Artikel berkaitan:“Mereka bisnes 2 in 1” – Lelaki Dedah Aktiviti ‘Dark Side’ Pakej Dibayar Serendah RM35
Artikel berkaitan: Owner Premis Cuba ‘Sailan’ Bisnes Cafe, Tapi Cara Peniaga Ini ‘Pulangkan’ Kedai Buat Netizen Kagum
Menerusi video yang dikongsi oleh @nanan4nurrr, dia pernah menjana pendapatan sebanyak RM15 ribu namun mula berasa pelik ketika menghadiri satu program yang diadakan di salah sebuah hotel.
Diaorang buat cabutan bertuah, macam-macam ada. Handphone, Ipad semua. So, leader-leader ni kena kumpul duit, kena bagi kat seorang leader ni.. orang ataslah.. kumpul untuk nak belilah, kan? So, mestilah ada yang tak bayar sebab mahal. Modal nak pergi event pun RM600, beli baju semualah.
Rasa pelik dengan cabutan bertuah
Program tersebut berjalan dengan lancar tetapi dia tidak tahu ke mana hasil cabutan bertuah tersebut. Bermula itu, dia berasa pelik dengan bisnes MLM yang disertai.
Tapi, part lucky draw tu.. sampai ke sudah takde, duit tu gone, hilang! So, daripada situ I rasa sangat pelik dengan bisnes ni. MLM ni tak salah tau, nak kata skim piramid sebenarnya tak.. tapi, dia punya surrounding tu, ada sedikit yang pelik.
Kalau nak push Elite, push lah. Tapi suruh dia guna duit sendirilah. Tak payah nak suruh dia berhutang dengan orang. Been there, done that!
Katanya, dia juga salah seorang individu yang terpaksa meminjam wang dengan orang lain namun telah pun melunaskan hutang-hutang sebelum ini.
Alasannya, dengan nilah kita akan rasa lebih semangat nak buat bisnes ni. Oh, leader kau sedap-sedap dapat makan duit.. pastu bila team kau tak berjalan macam mana? Kau ke nak bayar?
Walau bagaimanapun, cara segelintir individu mempromosi bisnes MLM dengan cara membuat content sedih di media sosial. Dia juga menasihati supaya bisnes seperti itu tidak melakukan content ‘sampah’ bagi mengelakkan sangkaan buruk daripada orang ramai.
@nanan4nurrr Saw @Alpha Zaki and rasa macam nak spill sikit?? btw kalau ada sesiapa dari sana jumpa jangan cakap dekat team yang saya tak faham jalan kerja sebab tu jadi negative. Completely faham je?? #agnutritionmalaysia #rm312
Menjengah di ruangan komen, ramai netizen menceritakan pengalaman mereka menyertai skim seperti itu.
Sumber: TikTok