in

Pernah Lihat Shibuya Crossing Kosong? Ini Rahsia Bagaimana Produksi ‘Alice In Borderland’ Lakukannya

Cats 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Artikel ini mungkin mengandungi sedikit spoiler, jaga-jaga!

Sebelum siri Squid Game mula ditayangkan di Netflix dan mendapat perhatian ramai, siri dari Jepun bertajuk ‘Alice in Borderland’ turut menjadi bualan para penonton kerana konsepnya yang unik dan tidak membosankan.


P18829068 B H10 Aa

Alice in Borderland mengisahkan Arisu, seorang pemuda yang tiada pekerjaan dan terlalu obses dengan permainan video tiba-tiba mendapati dirinya berada di Tokyo yang kosong dan sunyi sepi.

Dalam siri ini, ada satu babak di mana Arisu dan rakan-rakannya berdiri kebingungan kerana Shibuya Crossing yang selama ini penuh dengan lautan manusia, tiba-tiba kosong seperti dilanda malapetaka.

Macam mana Shibuya Crossing boleh kosong?

Babak tersebut menjadi bualan ramai yang bingung bagaimana pihak produksi Alice in Borderland berjaya menutup kawasan Shibuya Crossing kepada orang awam, walhal kawasan tersebut merupakan salah satu kawasan tumpuan ramai di situ.

4 7

82664744 Shibuya Crossing From Top View At Twilight In Tokyo Japan

Secara logik, agak hampir mustahil untuk melihat kawasan ini sunyi sepi. Jika berjaya dikosongkan pun, pihak produksi memerlukan usaha yang sangat tinggi daripada semua pihak untuk mengosongkan kawasan tersebut.

Cuba anda bayangkan jika Jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur yang selama ini sesak dengan lautan manusia tiba-tiba sunyi sepi, tak logik kan? Itulah perumpamaan yang boleh disamakan dengan situasi di Shibuya Crossing ini.

Guna bandar lain yang hampir serupa

Menurut sumber, pihak produksi siri popular ini sebenarnya tidak menjalankan penggambaran di Shibuya Crossing. Sebaliknya, mereka membina sebuah set gergasi yang mirip dengan lokasi tersebut di Bandar Ashikaga, Wilayah Tochigi yang terletak lebih 100 kilometer dari Shibuya Crossing.

Difahamkan, hampir keseluruhan lokasi yang seakan-akan Shibuya Crossing itu dibina dengan menggunakan teknologi skrin hijau dan mendapat sentuhan imej janaan komputer atau CGI.

https://twitter.com/aquoris/status/1338438087974645760?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1338438087974645760%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.daebaking.co%2Fbagaimana-produksi-siri-alice-in-borderland-mengosongkan-shibuya-crossing-yang-sibuk%2F

Malah, tandas awam di stesen kereta api turut dibangunkan untuk membuat lokasi tersebut kelihatan seperti realiti dan berada di sekitar Shibuya Crossing.

2 3

3 5

Jalan raya dan beberapa struktur binaan juga dibangunkan secara fizikal tanpa menggunakan CGI untuk membuat kawasan tersebut kelihatan sama. Cuba bayangkan berapa banyak tenaga kerja dan usaha yang dikerah untuk menjayakan babak tersebut.

1 10

Jepun memang terkenal dengan ketelitian mereka terhadap kualiti filem dan animasi yang dihasilkan. Dalam Alice in Borderland, mereka turut mencipta bayang-bayang bangunan Tokyo – salah satu struktur di Shibuya yang paling jelas di kawasan itu.

Untuk rekod, Alice in Borderland musim ke-2 bakal ditayangkan di Netflix tidak lama lagi. Tak sabar!

Kredit: Spot

BACA: Bertemakan Survival, Ini 6 Series Yang Wajib Ditonton Oleh Peminat Squid Game

Capture 8

Sumber: Spot
Sumber: 123RF
Sumber: Spot
Sumber: Spot
Sumber: Spot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.