Semalam, kecoh di media sosial apabila video seorang kanak-kanak didera oleh seorang wanita yang dipercayai ibu angkatnya menjadi tular di Facebook dan Twitter.
Dapat dilihat dalam video yang tular itu bahawa kanak-kanak perempuan berkenaan telah dipukul dengan batang penyapu ketika sedang makan.
Hari ini, akaun Twitter wanita terbabit pula telah diserang netizen kerana ramai yang telah mengecam tindakannya mendera kanak-kanak yang tidak bersalah itu.
Apa yang menarik perhatian ramai ialah wanita tersebut yang juga merupakan seorang usahawan baru-baru ini pernah menulis bebenang di Twitter tentang pengalamannya dibuli.
Menerusi tinjauan kami di thread tersebut, dapat dilihat agak ramai juga netizen yang membanjiri ruangan komen tersebut mengecam tindakan wanita terbabit.
Difahamkan, setelah laporan polis dibuat semalam, wanita terbabit telah pun ditahan oleh polis manakala mangsa pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan.
Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar mangsa terus kuat dan cepat sembuh manakala suspek pula akan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.
Baca: “Binatang pun sayang anaknya”- Tular Video Budak Dipukul Dengan Batang Penyapu Dan Dipaksa Makan