Masihkah anda ingat dengan isu seorang TikToker wanita yang lebih dikenali sebagai Liana Beep Beep yang pada tahun lepas didakwa telah melanggar kontrak syarikat dia bekerja?
Untuk anda yang tak tahu tentang isu yang pernah tular tahun lepas ni, boleh baca artikel yang Lobak Merah pernah kongsikan di sini untuk faham lebih lanjut.
Kes langgar kontrak itu telah dibawa ke mahkamah dan setelah lama menyepi dari bercakap tentang isu itu, akhirnya Liana tampil berkongsikan apa sebenarnya yang terjadi kerana pihak mahkamah akhirnya memutuskan bahawa dia tidak bersalah.
Liana telah tampil dalam sebuah video terbaru di TikTok di mana dia telah menjelaskan perkara yang sebenar yang berlaku.
https://www.tiktok.com/@liafa62/video/7268513202944740616?_r=1&_t=8exHQOVSWpe
Dalam video yang berdurasi hampir sembilan minit itu, Liana turut berkongsi bukti-bukti yang menyatakan dia tidak bersalah dalam kes tersebut.
Bukti-bukti yang dikongsikannya itu ialah paparan tangkap layar (gambar screenshot) dari perbualannya bersama staf syarikat Uniq Scene Media atau lebih dikenali sebagai USM yang telah mendakwanya melanggar kontrak.
Sebelum ini juga, difahamkan, pihak syarikat tersebut telah mendakwa bahawa personaliti Liana di dalam video TikTok review makanan merupakan idea syarikat tersebut namun kali ini, Liana mendedahkan bahawa personaliti dan suaranya memang begitu dari awal.
Ini kerana ketika Liana menghantar video uji bakat kepada syarikat itu, suara dan personalitinya memang begitu sejak awal lagi.
Selain itu, Liana turut menunjukkan bukti bahawa dia tidak pernah melanggar kontrak kerana ketika dia masih berada di bawah syarikat itu, pihak syarikat itu ada memberi kebenaran untuk dirinya menerima review job secara peribadi.
Korang boleh tengok video TikTok terbaru yang Liana kongsikan di akaun TikToknya sampai habis untuk tahu lebih lanjut tentang hal yang sebenarnya berlaku.
Sumber: TikTok @liafa62
Baca: Liana ‘Beep Beep’ Akhirnya Beri Penjelasan Isu Langgar Kontrak, Kes Kini Dirujuk Ke Mahkamah