Pernah menjadi dambaan suatu ketika dulu, kini individu ini cancel pelakon dari negara jiran, Baim Wong. Dia meluahkan perkara tersebut menerusi laman Twitter miliknya dan kongsikan senarai hal-hal problematic yang melibatkan pelakon itu.
Katanya, sejak nama pelakon tersebut mula ‘suram’ daripada dunia lakonan, Baim Wong dan isterinya Paula Verhoeven mula bergiat aktif dalam YouTube dan dari situ nama pelakon tersebut seringkali terpalit dengan kontroversi.
Ini antara hal-hal problematic yang dikongsikan lelaki tersebut.
1. Expose muka orang yang datang minta bantuan demi content
Menurut perkongsian individu ini, dia mengatakan saluran YouTube Baim Wong penuh dengan kandungan memberikan bantuan kepada orang susah. Namun ia menjadi pertikaian netizen apabila Baim dikatakan sengaja mendedahkan rupa orang yang meminta bantuan itu.
2. Bawa ex-girlfriend masuk content
Umumnya kita tahu bahawa Baim Wong pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Marshanda, menurut Tribun, hubungan cinta antara mereka agak lama.
Nak dipendekkan cerita, Baim Wong pernah buat content memanggil Marshanda di saluran YouTube miliknya.
Dalam video tersebut, dilihat mereka bermesraan sehingga isterinya Paula menzahirkan rasa tidak puas hati.
Memetik laporan sumber, kononnya Paula menangis kerana dia agak sensitif lebih-lebih lagi wanita itu baru sahaja melahirkan anak pertama. Dikatakan Paula terkilan dengan sikap Baim yang seolah-olah tiada sensitiviti bertemu dengan bekas kekasihnya itu demi content YouTube.
“Kalau kita punya pasangan penginnya no mantan. Tapi kenyataannya masih berhubungan, katanya silaturahim. Walaupun emang enggak ada apa-apa. Itu kejadiannya waktu hamil yang waktu si Baim ketemu mantannya.”
Malah ibu Paula juga tidak terima dengan kelakuan menantunya. Bahkan, ibu Paula terlihat menangis memikirkan perasaan anaknya yang sedang hamil.
“Apa yang harus saya lakukan? Itu kayak api gitu loh tapi enggak bisa ngomong. Maksudnya kalau udah ngomong dia bilang ‘Kan enggak ada apa-apa, di rumah, ini buat konten.”
Video tersebut juga mendapat komen-komen negatif netizen. Bagaimanapun menurut individu ini, apa yang dikatakan oleh Paula mungkin propa kerana Paula bersetuju untuk content tersebut dimuatnaik.
https://twitter.com/bnjourchocolat/status/1576438053606150144?s=20&t=CmK0hbpLigEvNDNyPtMnFA
3. Paula tak puas hati anak rapat dengan maid
Dalam pada itu, pernah timbul satu lagi kontroversi apabila isteri Baim Wong ini dikatakan tidak puas hati anak mereka rapat dengan pembantu rumah.
“Siap ada larangan konon kalau kau sekadar maid, kau tak boleh cium or peluk si budak tuuu. Hanya sebab kau maid. SANGAT KEKWAT”
https://twitter.com/bnjourchocolat/status/1576438735964868608?s=20&t=CmK0hbpLigEvNDNyPtMnFA
4. Nak daftar ‘hak cipta’ Citayem Fashion Week sebagai milik mereka
Seperti yang kita sedia maklum, Citayem Fashion Week baru-baru ini pernah menjadi perhatian di media sosial, satu acara fesyen oleh rakyat marhaen membuat peragaan di tempat awam.
Menurut individu ini, ia dibuat oleh dua orang influencer nama Bonge dan Kurma. Basically ini sepatutnya dari rakyat biasa untuk rakyat biasa.
Disebabkan ianya menjadi fenomena, ia dapat perhatian Baim Wong dan isteri sehingga mereka mahu salurkan Rp 500 juta untuk event tersebut.
Ianya selepas Paula bertemu dan dapat persetujuan Bonge tentang acara ini. Disebabkan itu, Baim Wong mahu mengetahui siapa pemilik asal yang mencetuskan nama Citayem Fashion Week. Namun sebab tidak ada, Baim Wong tekad untuk daftar hak cipta namanya.
Menerusi suara.com, Pemangku Ketua Pengarah Harta Intelek di pejabat Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia di Jakarta menjelaskan bahawa :
“Hak eksklusif untuk mengeksploitasi hak ekonomi yang dia ada untuk royalti.” Pendek kata kalau pakai nama Citayem Fashion Week ini, ia akan jadi miliknya dan perlu bayar royalti.
Berikutan dengan kecaman hebat tersebut, Baim Wong membatalkan hasrat untuk membuat hak cipta tersebut.
5. Jadikan kes Lesti sebagai ‘ilham’ untuk content
Menurut suara.com, Baim Wong dan Paula ada memadam satu video di YouTube, video itu berkenaan dengan pendedahan Paula yang kononnya didera oleh Baim.
Ia susulan dengan kes Lesti Kejora yang didera oleh suaminya Rizky Billar, umumnya, sebelum ini pasangan tersebut dilihat begitu romantik namun Lesti baru-baru ini mendedahkan bahawa dia dipukul oleh Rizky.
Oleh sebab itu, ramai netizen mengecam Baim dan Paula kerana disifatkan tiada sensitiviti terhadap mereka. Ini kerana dalam video tersebut Paula yang membuat laporan polis terhadap Baim mengatakan ia adalah prank.
https://twitter.com/bnjourchocolat/status/1576448436739579904?s=20&t=CmK0hbpLigEvNDNyPtMnFA
Apapun, berkenaan dengan kes ni, sama-samalah kita tunggu respon daripada mereka untuk ketahui kisah sebenar.
Baca : Fenomena Citayam Fashion Week Di Indonesia, Ini Rupanya Asal Usul ‘Trend’ Tersebut!