in

“Permainkan agama” – Gadis Gantikan Sejadah Dengan Kertas Lukisan Arkitek Dikecam Netizen

Gadis Gantikan Sejadah Dengan Kertas Lukisan Arkitek

Solat merupakan Rukun Islam kedua dan merupakan tiang agama bagi setiap Muslim. Bagi orang Islam, solat ni adalah salah satu cara untuk mendekatkan lagi diri dengan Allah. Selain itu, solat juga mampu mendisiplinkan kita dan buat otak lagi cerdas dan sihat.

Bila solat je, mesti kita akan rasa automatik tenang. Ramai TikTokers yang selalu buat content galakkan orang solat. Namun, ada juga yang memilih untuk membuat content solat yang didakwa mempersendakan agama serta mengundang kemarahan orang ramai.

Menerusi satu perkongsian oleh seorang TikTokers @alia_fahmi ini yang telah mendapat lebih daripada 228k views, dapat dilihat dalam video tersebut terdapat seorang gadis memakai hoodie yang melaksanakan solat tapi perbuatannya didakwa seperti mempermainkan solat mengundang kecaman netizen.

Sujud

Sujud 2

Dalam video tersebut, gadis yang memakai hoodie ini telah menggantikan sejadah dengan kertas lukisan arkitek. Ramai netizen yang bengang dan mengecam perbuatan dia yang dianggap langsung tak kelakar dan tidak sensitif.

“Tak kisah muslim or not, memang menghina, memang membawa kepada rosak akidah” – Komen netizen

“? Not funny at all” – Komen netizen

Komen Agama

Netizen turut memberi pendapat bahawa gadis ini tergamak mempermainkan hukum Allah. Selain itu, ada juga yang memberi teguran dan nasihat bahawa sesetengah perkara boleh dibuat gurauan kecuali perkara yang melibatkan agama.

Ada juga netizen yang masih menunggu permohonan maaf dan mendoakan supaya gadis terbabit mendapat hidayah Allah serta tidak mengulangi perbuatan yang tidak menjaga sensitiviti ini.

Seboleh-bolehnya kita kenalah hati-hati dan jaga sensitiviti dalam post apa-apa je content kat socmed ni!

Baca: “Senang je main-mainkan solat” –  Ramai Berang Instafemes Persenda Agama di Ice Rink

Ig

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok