Kes rogol yang berlaku di kalangan wanita dan kanak-kanak bawah umur dewasa ini semakin membimbangkan. Dalam isu tersebut, banyak yang saling menuding jari antara satu sama lain. Ada yang kata salah lelaki, ada pulak yang cakap salah perempuan…
Pun begitu baru-baru ini, Senator PKR Mohd Imran Abdul Hamid telah mencadangkan undang-undang gangguan seksual dibuat untuk melindungi lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol, lapor Sinar Harian. Oh gitu pulak?
“InsyaAllah lelaki akan ‘selamat’ dan negara akan aman”
Menurut senator tersebut, cadangan akta baru ini penting untuk pastikan golongan lelaki ‘selamat’ serta menjadikan negara terus aman daripada sebarang gejala tak sihat.
“Wujudkan satu akta gangguan seksual ke atas kaum lelaki akibat perlakuan, percakapan dan pemakaian kaum wanita yang boleh menyebabkan kaum lelaki tergoda.
“Disebabkan hal itu juga boleh menyebabkan lelaki tergoda hingga boleh menyebabkan perbuatan sumbang mahram, rogol, pornografi, raba dan sebagainya.
“Saya berharap menteri boleh pertimbangkan ini (undang-undang baharu) supaya ia boleh diperkenalkan, Insya-ALLAH lelaki akan selamat dan negara akan aman,” katanya.
Anwar tolak cadangan senator PKR
Walau bagaimanapun, pagi ini Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataannya berkaitan isu tersebut.
Di dalam posting rasminya di Facebook, Anwar memberitahu bahawa dia menolak cadangan tersebut kerana ia dilihat tak munasabah dan seakan-akan menghina golongan wanita.
https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/posts/10159333283516840
Jadi korang rasa macam mana? Wajarkah lelaki dapat perlindungan supaya mereka tak tergoda daripada merogol wanita. Amboi lemahnya iman orang lelaki…