in

Perkhidmatan Internet Satelit Starlink ‘Elon Musk’ Bakal Masuk Malaysia 2023! Tapi…

Starlink Malaysia 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Starlink mungkin asing lagi bagi orang ramai di Malaysia, namun sekiranya korang mengikuti perkembangan Elon Musk, pastinya mengetahui yang Starlink sebenarnya merupakan perkhidmatan jalur lebar satelit kelolaan Space X.

Difahamkan, sehingga kini Starlink telah tersedia di 32 buah negara dan apa yang lebih menarik Malaysia turut berada dalam senarai ‘coming soon’ apabila semakan dibuat melalui laman web rasmi perkhidmatan tersebut.


Menurut peta ‘coverage’ berkenaan, Filipina akan menjadi negara terawal di rantau Asia Tenggara yang akan mendapat liputan sekitar suku ke-4 tahun ini. Sementara itu, di peta liputan berkenaan turut tercatat yang Malaysia bakal menerima liputan perkhidmatan tersebut pada 2023 namun tiada tarikh tetap yang diberikan.

Starlink Malaysia

Walaupun begitu, Starlink difahamkan tetap menerima pra-tempahan untuk mereka yang beralamat di Malaysia dan min sebenarnya turut mencuba memasukkan alamat dan memang dah boleh lakukan pra-tempahan untuk mereka yang berminat untuk cuba perkhidmatan internet satelit milik Elon Musk ini.

Untuk lalukan tempahan, deposit USD 99 (sekitar RM435.40) perlu dibayar. Namun, perlu diingatkan disitu juga tertera yang ketersediaan adalah tertakluk kepada kelulusan kawal selia dan pesanan akan dipenuhi berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Cats 13

Ini salah satu faktor yang orang ramai perlu ambil kira kerana walaupun Starlink boleh diakses selagi ianya dalam liputan satelit mereka namun ia akan memerlukan lesen Kemudahan Rangkaian atau Pembekal Perkhidmatan (NFP/NSP) daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyediakan perkhidmatan komersial kepada pengguna Malaysia.

 

Menurut laporan, sehingga sekarang nama Starlink masih belum ada dalam pangkatan data MCMC dan sekiranya korang masih berminat, dinasihatkan untuk tunggu sehingga ianya mendapat kelulusan sepatutnya.

Dari segi harga, difahamkan baru-baru ini ada berlaku kenaikan harga iaitu sekitar USD110 (RM484) untuk langganan bulanan dan kos untuk mendapatkan hardwarenya pula adalah USD599 (RM2634.40).

Korang rasa berbaloi ke tidak? Dengar cerita speed muat turun antara 100 to 200Mbps sahaja berbanding dengan yang ditawarkan di Malaysia oleh MEASAT sekitar 30 hingga 500Mbps, itupun menggunakan satelit lama. Perlu diingatkan, MEASAT 3-d akan dilancarkan bulan hadapan yang dijangkakan dapat meningkatkan lagi capaian internet di Malaysia.

Baca : [VIDEO] Gara-Gara Elon Musk Puji ‘Kopiko’ Sedap, Saham Syarikat Gula-Gula Ni Terus Mencanak Naik!

Elon Musk Puji Kopiko Sedap

Sumber: Starlink

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.