in

Perisik FSB Dakwa Kanser Vladimir Putin Makin Teruk, Boleh Hidup Lagi 3 Tahun?

3putin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Presiden Russia, Vladimir Putin telah diberikan peringatan mengenai soal hayatnya yang berbaki tiga tahun oleh doktor yang merawatnya.

Screenshot 2022 05 29 at 1.54.45 PM

Maklumat mengenai baki hayat Putin itu dikeluarkan oleh pihak perisik Russia (FSB) yang memaklumkan Presiden Rusia itu sedang menghidapi kanser dan kesihatannya merosot dengan cepat. Selain baki hayat Putin, Pihak FSB juga memaklumkan penglihatan beliau juga turut terjejas.


Screenshot 2022 05 29 at 1.54.08 PM
Gambar terkini Presiden Rusia dari sumber

Memetik laporan Daily Mail UK, berita mengenai keadaan kesihatan Putin itu adalah sebahagian daripada mesej rahsia yang dikeluarkan oleh FSB. Dalam mesej itu juga terdapat dakwaan mengenai Putin yang menolak untuk berkaca mata untuk membantu penglihatannya. Putin menolak untuk berkaca mata atas alasan beliau akan tampak lemah.

Screenshot 2022 05 29 at 1.53.13 PM
Gambar terkini Presiden Rusia dari sumber

Putin telah berjaya menjalani pembedahan kanser pada bulan ini dan sedang dalam tempoh pemulihan dan rawatan.

Dakwaan mengenai kesihatan Presiden Rusia itu mula menular ke pengetahuan umum selepas dikongsi menerusi saluran Telegram yang mendakwa menerima maklumat dalaman dari kerajaan Rusia.

 

Baca: Russia ‘Ugut’ Nak Sekat Wikipedia Sebab Salah Maklumat Angka Askar Terkorban?

Screenshot 2022 05 29 at 1.52.45 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.