Pepatah ada mengatakan, “masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek”. Kalau pergi ke satu-satu tempat tu, ikutlah cara, adat dan undang-undang di tempat tersebut kalau tak mahu mencari masalah.
Tapi baru-baru ni, ada satu insiden viral di Twitter berkaitan dengan seorang instafemes yang juga sahabat kepada usahawan terkenal Vivy Yusof.
“Tak suka tempat ini. Mereka beritahu yang saya tak boleh ambil banyak gambar kat sini”
Menurut tweet tersebut, instafemes ini telah pergi ke sebuah restoran ‘fine dining’ di KLCC dan dah langgar salah satu rules yang ada kat restoran tu iaitu tak boleh bergambar sesuka hati kat situ. Disebabkan tak puas hati dengan peraturan tersebut, instafemes ni pun luahkan kat Instagramnya.

“Kami tak halang pelanggan ambil gambar dengan syarat mereka tak ceroboh tempat privasi atau ruang makan pelanggan lain”
Pihak restoran tersebut telah pun beri respond di atas luahan instafemes ini dengan mengatakan mereka mohon maaf atas insiden tersebut. Namun pihak restoran ni jugak tetap menegaskan yang memang itu rules yang dah ditetapkan restoran mereka.
Lagi ouch apabila pihak restoran ni tuduh instafemes ni yang dah masuk salah satu bilik private kat restoran tu tanpa permission. Aduhai…

“Dah nama pun house rules, tak kiralah berapa banyak pun hang bayar but rules is still a rules”
Sejujurnya, memang ramai jugak yang bash instafemes ni sebab bagi mereka kalau restoran tu dah tetapkan peraturan, macam mana mahal pun kita bayar untuk makan situ, kita kenalah ikut peraturannya kan.

“Korang kenal tak siapa dia ni sebelum korang reply?”
Selain daripada komen yang mengutuk instafemes ni, ada jugak di kalangan followers yang menyokong tindakan beliau dengan menganggap pihak management restoran tersebut yang tak matang.
Pihak restoran tersebut sepatutnya ambil kesempatan untuk berkolaborasi dengan instafemes ini daripada create drama yang tak akan menguntungkan mana-mana pihak.

Tetapi… ada pulak yang persoal, femes sangat ke instafemes tersebut sampai pihak restoran tu kena buat macam tu? Macam-macam lah korang ni.

Apa pendapat korang mengenai isu ni? Apa-apapun bagi admin, eloklah kedua-dua pihak mencari solusi kepada masalah dan jangan bergaduh lagi. Kalau boleh… bekerjasamalah, baru win-win situasion kan?
Baca: Kena Kecam Sebab Tegur Orang Pakai Telekung Fake Untuk Solat