in

“Pergi sekolah pun kita pakai baju kurung” – Dakwa Ramai Yang Mula Lupakan Baju Kurung, Fashion Designer Belanda Dikecam Netizen

feature image 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun dunia dah semakin moden, tradisi daripada nenek moyang masih tidak dilupakan. Baju Melayu, Baju Kebaya dan Baju Kurung masih lagi dipakai oleh orang Melayu zaman sekarang. Kadang-kadang tu, kaum Cina dan India pun ada yang pakai baju tradisional ni kan. 

Namun, baru-baru ini, seorang pereka fesyen Belanda telah mendakwa bahawa pemakaian baju kurung kini semakin dilupakan.


baju 1

Lisette Scheers yang juga merupakan pengasas Nala Design telah mendakwa sedemikian dalam artikel, “How Malaysian Culture Inspires A Dutch Designer” terbitan South China Morning Post pada 15 Januari lalu.

My dream is to see the baju kurung return, to see Malays dressing beautifully again. I want people here to feel proud of their heritage. Growing up this country was full of beautiful fabrics and colour. I’m on a crusade to make sure that doesn’t disappear.

Kenyataan fashion designer ni telah menimbulkan kemarahan netizen terutamanya di Twitter sebab ramai yang berpendapat statement tu mengarut.

Saya mahu lihat baju kurung digayakan semula oleh orang Melayu. Saya juga mahu masyarakat di sini berasa bangga dengan tradisi mereka. Saya membesar di negara ini yang penuh dengan kain yang cantik dan indah. Kini, saya dalam perjuangan untuk memastikan tradisi ini tidak hilang.

Rata-rata netizen mempersoalkan sejak bila pulak orang Melayu lupakan persalinan baju kurung sebab rata-rata pelajar sekolah perempuan pakai uniform baju kurung. Admin dengan kawan-kawan pun selalu pakai baju kurung kalau ada presentation masa belajar dulu. 

baju 4 1 1

Baju kurung juga sering menjadi pilihan jika menghadiri majlis kenduri kahwin dan ketika hari raya. Kalau time hari raya, mesti ramai yang upload gambar OOTD dorang pakai baju kurung sebagai baju raya di Instagram kan. 

baju 10
Gambar Sekadar Hiasan

Ada juga yang berpendapat bahawa pereka fesyen tersebut tidak pernah bergaul dengan rakyat Malaysia.

baju 7

Baju kurung sering digayakan oleh pelajar asrama dan pelajar universiti 

baju 8

Untuk pengetahuan korang, pereka fesyen ini juga telah lama menetap di Malaysia. Lepas isu ni viral di Twitter, pihak Nala Design telah tampil memohon maaf atas kenyataan yang dikeluarkan.

https://www.instagram.com/p/CKGqLADnBfH/

Jadi, apa pendapat korang tentang isu ni? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. 

Baca: 5 Rekaan Fesyen Baju Raya Yang Telah Wujud Berkurun Lamanya!

baju 1 1

Sumber: Twitter
Sumber: Remaja
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.