Semalam, heboh di media sosial apabila seorang artis wanita popular dikatakan rujuk semula dengan bekas suami ketika masih dalam tempoh iddah.
Spekulasi itu menjadi lebih kuat apabila pasangan itu dilihat menghadiri sebuah majlis bersama-sama dan ramai yang mengatakan pasangan itu kelihatan berseri persis orang baru bercinta.
Artikel berkaitan: Lepas 6 Tahun Bergelar Suami Isteri, Kaka Azraff Didakwa Bercerai Talak Satu?
Artikel berkaitan: Ustaz Azhar Idrus Dedah Hukum Isteri Berkenalan Atau Bercinta Ketika Dalam Iddah Dengan Lelaki Lain
Teka-teki siapakah artis wanita itu akhirnya terjawab, artis yang dimaksudkan ialah penyanyi terkenal Kaka Azraff yang bercerai secara mengejut dengan suaminya, Adam Azriff pada Oktober lalu.
Perkara tersebut mula menjadi perbualan selepas Adam memuat naik sebuah hantaran di Instagram di mana mereka bersama ketika menghadiri sebuah acara fesyen baru-baru ini.
Malah, Adam juga meluahkan rasa cinta dan syukur dengan aturan Allah SWT mengenai jodoh mereka.
View this post on Instagram
“Apabila mereka mengatakan segala-galanya telah pun tertulis, saya berdoa kepada Allah agar namamu tertulis di sebelahku. ‘I love you a trillion’,” tulisnya di kapsyen.
Sebagai info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.