in

“Pergi bercuti masa saya masuk hospital” – Dekat IG Nampak Dah Berbaik Tapi Ammar Alfian Kantoi Curang Sekali Lagi?

Ammar Cheated

Beberapa bulan lepas, dunia hiburan dikejutkan dengan banyak kes kecurangan pasangan selebriti dan antara yang hangat diperkatakan adalah Ammar Alfian yang dikatakan curang dengan isterinya yang hamil.

Nelissa4
sumber: instagram

Semalam, Ammar ada upload gambar mesra dia dan isterinya, Nelissa Nezam dekat Instagram dan ramai membuat spekulasi pasangan itu sudah berdamai dan mahu fokus dengan perkara mendatang.

“Saya bukan suami terbaik atau lelaki sempurna tetapi saya sedang cuba yang terbaik untuk jadi yang sempurna untuk kamu, isteriku Nelissa Nezam. Demi keluarga. InsyaAllah.”

Nelissa3
sumber: instagram

Tapi, Nelissa sebaliknya menyangkal perkara itu dan memberitahu gambar itu diambil semata-mata untuk kenangan buat anak mereka. Melalui instastory, Nelissa luah rasa marah dengan tindakan suaminya dan menganggap Ammar tidak hormat padanya serta anak mereka yang sedang dikandung. Dia juga mendakwa Ammar hanya mahu raih perhatian ramai semata-mata selepas kemelut rumah tangga mereka menjadi bualan.

Bukan tu je, Nelissa turut mendedahkan kecurangan suaminya buat kali kedua! Katanya, Ammar kantoi hantar mesej pada wanita lain dekat DM ketika majlis baby shower dia.

Sebab inilah saya tak akan kembali kepada ‘sampah’ ini. Dia langsung tak hormat saya dan anak ini. Curang dengan saya. Abaikan saya untuk pergi bercuti sewaktu saya dimasukkan ke hospital. Kantoi mesej dengan perempuan lain ketika baby shower.”

Nelissa1
sumber: instagram

Gambar itu diambil beberapa minggu sebelum dia pergi bercuti bertujuan untuk kenangan anak ini. Ia juga diambil sebelum dia kantoi mesej dengan perempuan lain sekali lagi. Dia muat naik gambar dan video saya tanpa kebenaran untuk menunjukkan seolah-olah kami dan berbaik.”

Kami tidak berbaik. Dan tak akan berbaik.”

Nelissa2
sumber: instagram

Nelissa kini sedang sarat hamil 9 bulan dan menunggu masa untuk melahirkan. Semoga dipermudahkan dan bayi serta Nelissa sihat.

Baca: “Curang masa tengah mengandungkan anak dia 6 bulan” – Guna #singlemother, Rumahtangga Ammar Alfian Pula Goyah?

Ammar4