in

“Pergi 7 buah hospital tapi semuanya tolak”- Ibu Hamil 9 Bulan Maut, Tak Sempat Bersalin

Ft Pregnant 1

Seorang suami berdepan dengan detik cemas apabila isterinya yang sedang sarat mengandung tidak diterima untuk mendapatkan rawatan di 7 buah hospital.

Lebih menyedihkan lagi wanita yang sarat dengan kandungan 9 bulan itu dikatakan maut bersama bayinya selepas gagal mendapatkan rawatan.

Kejadian yang berlaku di Sulawei Selatan, Indonesia pada 9 Disember lalu menyebabkan pasangan ibu anak itu gagal diselamatkan.

 

Ditolak 7 buah hospital

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Hartina dikatakan bakal melahirkan cahaya matanya sebelum mengalami kekejangan.

Akibat daripada itu, wanita tersebut dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat Bontobangun Bulukumba sebelum dia dirujuk Hospital Bantaeng.

Capture 15 2

Malang baginya sejurus wanita itu tiba di sana, hospital tersebut dikatakan tidak mahu merawat mangsa.

Pada awalnya kami bawa Hartina ke Pusat Kesihatan Masyarakat Bontobangun Bulukumba, kemudian dirujuk ke Hospital Bantaeng. Tapi baru sahaja sampai di Hospital Bantaeng dia sudah ditolak. 

Kemudian kami membawanya ke Hospital Jeneponto dan Hospital Takalar, namun tetap tidak diterima– Haerul, Suami Mangsa

Capture 1 7

Walaupun telah ditolak oleh 4 buah hospital, keluarga mangsa tidak mahu menyerah dan terus membawa Hartina ke Makassar pula.

Disebabkan hospital daerah menolak kehadiran kami, jadi kami terus ke Hospital Labuang Baji di Makassar, namun tetap ditolak dengan alasan tidak menjalani ujian saringan Covid-19.

Tidak cukup dengan penolakkan oleh 4 hospital wanita itu terus ditolak oleh beberapa hospital seterusnya dengan pelbagai alasan.

Lalu kami membawanya pula Hospital Kartini, namun mendapat hasil yang sama  kerana hospital tersebut tidak mempunyai Unit Rawatan Rapi (ICU). Seterusnya Hartina di bawa ke Hospital Ananda sebelum dikhabarkan perkara yang sama.

Akhirnya wanita itu berjaya mendapatkan rawatan di Hospital Plamonia, tetapi rawatan hanya dilakukan di dalam ambulan sebelum dirujuk pula ke Hospital Wahidin.

Betul Hartina dibantu ketika berada di Plamonia, namun dia tidak dibawa keluar dari ambulan. Akhirnya dia dibawa ke Hospital Wahidin sebelum disahkan meninggal dunia hanya setelah beberapa minit mendapatkan rawatan di wad bersalin.

Capture 2 1

“Tak ada perasaan ke?”

Kecewa dengan layanan yang diterima, suami mangsa kemudian mempersoalkan keputusan pihak hospital yang gagal membantu isterinya lapor Kompas.

Sudah payah dibawa dari kampung sampai ke Makassar. Pihak hospital tidak ada perasaan, macam mana pula kalau keluarga mereka berhadapan dengan situasi yang sama

Bayangkanlah isterinya terpaksa menahan kesakitan sepanjang waktu tu…

 

Mangsa sempat dirawat

Menurut pengurusan Hospital Wahidin, setibanya mangsa disana pada jam 8.45 malam, mangsa terus dirawat oleh petugas kesihatan di hospital itu.

Namun, keadaan pesakit yang dikatakan semakin lemah menyebabkan dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.58 malam.

Manakala menurut pengurusan Hospital Ananda, Hartina mengalami darah tinggi serta kekejangan sewaktu tiba di hospital itu dan pesakit memerlukan rawatan intensif menyebabkan dia kemudiannya dirujukkan ke Hospital Labuang Baji.

Bagi pengurusan Hospital Bantaeng dan Hospital Jeneponto, kedua-duanya menafikan kehadiran wanita tersebut ke pusat rawatan itu.

Setakat ini hospital lain yang dikunjungi Hartina gagal dihubungi.

Janganlah pula ada yang cepat buat spekulasi ya. Lebih baik korang doakan yang baik-baik sahaja buat keluarga mangsa.

Baca : Nanti jadi ikutan ramai orang BCL Kena Tegur Dengan Doktor Sebab Memandai Buat Swab Test Sendiri Dekat Kawan

Capture 15 1