in

“Pergh, Macam Tu Je Dia Bagi Siku!” -Warganet Berang Tindakan Seorang Penyokong Bola Sepak Menyiku Pemain Bola

Untitled Project 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan seorang pemain bola sepak meraikan gol ditempat penonton lawan mengundang padah apabila disiku seorang penonton. Tindakan tersebut memberikan tamparan buruk kepada pihak penganjur liga sosial.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Jerantut, pemain berkenaan berlari ke arah penonton pihak lawan dan meraikan jaringan gol bersama dengan beberapa penonton.


Ketika pemain itu turun ke padang semula, seorang penonton seakan-akan mahu bersama meraikan tetapi sebaliknya pula berlaku!

Penonton itu menyerang pemain bola tersebut dengan menyiku kepala pemain tersebut. Perkara ini mengakibatkan penonton lain turut tidak berpuas hati dengan kejadian itu.

Rata-rata penonton terkejut melihat kejadian itu ada juga yang menarik penonton terbabit agar bertenang sebelum keadaan menjadi keruh.

Artikel berkaitan:Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Peribadi Ketika Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia

Arrtikel berkaitan: Kena kejar pun boleh sengih lagi”- Pengadil Bola Sepak Lari Selamatkan Diri Takut Dipukul Penonton

Sejurus disiku, pemain lain turut berlari kearah rakannya untuk melihat keadaan mangsa.

Video berkenaan sempat dirakam dan tular di TikTok @Syed Azwan Al Yahya mula mendapat kecaman netizen diruangan komen.

“Walaun koyak ke?

“harap kopiah jee.

“mnkin cara meraikan gol berbeza,” antara komen netizen.

Main bola bukan tempat nak bertumbuk. Mana sikap kesukanan?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.