in

Pereka Fesyen Tempatan Ambil Model Sindrom Down Untuk Kempen Raya Dipuji Netizen

Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lalu, satu jenama fesyen tempatan bernama Maqilla Boutique menarik perhatian ramai selepas gambar kempen Raya mereka menunjukkan jenama itu menggunakan model sindrom down tersebar.

Kempen itu menunjukkan beberapa keping gambar dua model sindrom down menggayakan Koleksi Basic Raya bagi raya tahun ini, dan mereka kelihatan sangat comel dan enjoy di dalam gambar tersebut.


Raya1
sumber: instagram

Model cantik di dalam kempen itu merupakan atlet Paralimpik negara, Siti Marina Frohlich dan si kecil comel Koh Hui Qi.

Gambar yang tular itu mampu membuat ramai orang tersenyum dengan keriangan yang ditunjukkan mereka. Rekaan yang ringkas dan sesuai dengan tema diketengahkan jenama itu, “You are your own kind of beautiful”. Comelnyaaa!

Raya2
sumber: instagram

Jenama itu berkongsi gambar yang memberi inspirasi kepada ramai dan berkata,

Aidilfitri ini akan lebih bermakna apabila anda menyambutnya bersama golongan istimewa.”

Maqilla Boutique berkolaborasi dengan Persatuan Sindrom Down Malaysia untuk menjayakan kempen raya ini.

Menurut pengumuman yang dibuat di akaun Instagram, RM10 dari setiap pembelian Koleksi Basic Raya Maqilla akan didermakan kepada organisasi itu.

Raya3
sumber: instagram

Netizen yang melihat gambar-gambar dari kempen itu turut tidak ketinggalan memberikan respon positif.

Tahniah di atas pakaian berjenama yang cantik untuk raya yang bakal tiba. Lebih penting lagi, tahniah kerana membuka mata kami bahawa kecantikan itu datangnya dari hati. Kerjasama yang bagus bersama Persatuan Sindrom Down Malaysia. Tahniah!”

Sebagai seorang ibu kepada anak sindrom down, saya menyambut baik usaha yang diambil jenama anda yang berbeza daripada yang lain.”

Sungguh menarik dan mengagumkan melihat label fesyen menunjukkan golongan kelainan upaya dalam cara yang positif. Pasti sambutan raya mereka lebih bermakna!

Baca: 5 Jenama Kasut Wanita Lokal Perlu Ada Dalam Koleksi Anda

Kasut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.