Sejak akhir-akhir ni macam jadi trend pula pemandu mabuk langgar orang sampai mati. Susah sangat ke nak faham jangan drive masa mabuk?
Kali ini, kejadian berlaku di Kota Belud, Sabah. Menurut NST, seorang pemandu mabuk telah hilang kawalan dan merempuh kanak-kanak di Kampung Tempasuk pagi ini.
Kemalangan pada pukul 6.45 pagi ini berlaku apabila seorang petani berusia 54 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah dari bandar.
Nak dijadikan cerita, kenderaan yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh tiga kanak-kanak sebelum melanggar dinding konkrit rumah berhampiran.
Malang tak berbau, salah seorang dari kanak-kanak, Max Christy yang berusia 10 tahun mati serta merta di tempat kejadian manakala dua lagi Maxryona Masdi, 7 dan Michelle Marianne David, 14, cedera parah di kepala dan kini berada dalam keadaan kritikal. Allahu, apa dosa dorang?
“Kereta yang dipandu terbabas dan merempuh kanak-kanak tersebuh sebelum melanggar dinding konkrit rumah berhampiran. Pemandu hanya cedera ringan dan telah menerima rawatan di hospital berhampiran dan ditahan kerana dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.” – Ketua Polis Daerah Superintendent Mohd Zaidi Abdullah.
Dah banyak sangat kisah pasal pemandu mabuk langgar orang tapi benda macam ni tetap berlaku. Tolonglah ambil pengajaran dan bertanggungjawab. Jangan sebab kau ‘selfish’ orang lain jadi mangsa.