Walaupun sudah tidak aktif di dunia hiburan, sepasang kembar yang merupakan bekas bintang pop tahun 90-an di negara jiran, Thailand, kembali menjadi bualan penduduk di sana kerana bisnes lain daripada yang lain yang mereka jalankan sekarang.

Memetik portal Thaiger, Jakkapong Karnsomphot (Jill) dan kembarnya, Jakkaphan Karnsomphot (Jack) membuka bisnes menjual dan membeli kulit wajah mayat mereka yang berpengaruh dalam dunia seni semasa mereka masih hidup. Yup, you guys read it right, kulit wajah orang yang dah meninggal dunia.
Pasangan kembar ini yang dikenali dengan jolokan Jack-Jill mula viral semula walaupun sudah lama menyepi daripada dunia muzik selepas ada pengguna media sosial memuat naik satu video memaparkan sekitar 20 kulit wajah mayat yang sudah kering ke media sosial.
Korang boleh tengok video tu kat bawah:
@jackjillkumanthong หนังหน้าครู ประสิทธิ์ประสาทวิชาทุกแขนงรวมไปถึงด้านเสน่ห์ ศิลปะทุกอย่างและการละคร ที่รวบรวมไว้มีมากที่สุดในประเทศ ใครอธิษฐานขอ ขอให้สมใจในทุกๆด้านด้วยเถิด #แจ๊คจิลล์กุมารทอง #jackjillkumanthong #หนังหน้าครู
Ada yang dipercayai berusia lebih 100 tahun
Bercakap kepada media di sana, Jill berkata, dia dan kembarnya mula membuka perniagaan menjual tangkal selepas menamatkan karier seni.
Jelasnya lagi, 20 kulit wajah mayat dalam koleksinya diperoleh daripada seorang lelaki misteri bernama Pong, 91. Difahamkan, pasangan Jack-Jill berjumpa dengan Pong kerana lelaki berkenaan terlibat dalam dunia persembahan Thailand.
“Setiap kulit mayat suci dan akan bawa tuah pada sesiapa yang berdoa atau memilikinya. Kulit-kulit ini semua adalah individu berpengaruh dalam dunia persembahan dan sudah diturunkan dari generasi ke generasi.
Keluarga Pong tak tahu macam mana nak simpan kerana ada sesetengah kulit dipercayai berusia lebih 100 tahun. Jadi sebelum Pong meninggal, dia memberikan semua koleksinya kepada saya,” kata Jill.
Kata Jill lagi, setiap pemilik kulit wajah terbabit memberikan kebenaran untuk menggunakan kulit wajah mereka sebagai tangkal sesudah mereka meninggal dunia.
Dek kerana percaya kulit-kulit terbabit mampu mengelakkan nasib malang dan membuatkan mereka berjaya dan terkenal, ramai penyanyi dan pelakon di negara terbabit sering melawat rumah pasangan Jack-Jill untuk berdoa kepada kulit-kulit tersebut.
Sumber: Thaiger
Baca: Jijik! Doktor Jual Organ Mangsa Kemalangan Di Pasaran Gelap Sebab Nak Hidup Mewah

