in

“Peralatan memasak dalam sinki tak dibasuh”- Premis Perniagaan Milik GISBH Dilihat Seperti Ditinggalkan Dalam Keadaan Tergesa-gesa

Gisbh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas kecoh diperkatakan di media sosial tentang isu syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH), tinjauan media di premis perniagaan milik GISBH di Seremban 2 mendapati bahawa kedai-kedai milik syarikat itu berada dalam keadaan seperti ditinggalkan dalam keadaan tergesa-gesa.

Memetik laporan Sinar Harian, peralatan memasak di kedai makan milik GISBH itu dibiarkan begitu sahaja.


Ini kerana adunan kuih, kuali dan periuk dibiarkan tidak dibasuh di dalam sinki.

Di kawasan itu, syarikat GISBH menjalankan perniagaan kafe, warung jual kuih, kedai runcit dan bakeri.

Seorang peniaga lain di lokasi tersebut mendedahkan bahawa kedai GISBH itu telah ditutup sejak beberapa hari lalu.

3 8

Artikel Berkaitan: “Sampai sekarang mak trauma” – Anak Bekas Ahli Tertinggi GISB Dedah ‘Sisi Gelap’ Organisasi

Artikel Berkaitan: Mahu Elak Dikesan Pihak Berkuasa, Pengikut GISBH Tanam Buku Di Tepi Sungai

Difahamkan juga, pekerja-pekerja kedai GISBH itu juga tidak lagi kelihatan di situ.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada jika pekerja-pekerja di premis tersebut yang ‘hilang’ itu telah lari atau ditahan oleh pihak berkuasa.

Manakala di Bandar Country Homes, Rawang pula, sekumpulan ahli GISBH yang tinggal dan bekerja di pusat perniagaan GISBH di situ pula dikatakan telah melarikan diri.

Mereka dipercayai lari setelah ketua utama jemaah tersebut telah ditahan polis beberapa hari lalu, lapor Harian Metro.

Seorang penduduk yang tidak didedahkan identitinya memberitahu media bahawa mereka dilihat menaiki beberapa van yang menunggu mereka dan masing-masing membawa beg pakaian.

Difahamkan, ada antara kumpulan jemaah itu yang tinggal di kawasan perumahan berdekatan pusat perniagaan tersebut di Rawang.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.