Satu video rakaman dashcam telah tular baru-baru ini menunjukkan seorang penunggang motosikal telah diragut oleh penunggang motosikal yang lain.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Zarina, Persiaran Raja Muda Musa yang terletak di Klang, Selangor.
Kena ragut dan langgar lari
Menerusi hantaran video oleh @MALAYSIAVIRALLL di X, ia menunjukkan sebuah motosikal yang ditunggangi oleh mangsa telah diekori rapat oleh si peragut yang sama menaiki motosikal.
Artikel berkaitan: Wanita Mengamuk Rantai Emas Diragut, Orang Awam Sempat Tangkap Pelaku Sebelum Kena Belasah
Artikel berkaitan: “Nak samun sangat!” – [VIDEO] Pemandu Mercedes Sanggup Korbankan Kereta Demi Kejar Peragut
Tiba-tiba, barang mangsa ditarik sehingga menyebabkan dia terjatuh dan tergolek beberapa kali di atas jalan raya. Lebih menyedihkan, mangsa tersebut telah dilanggar lari oleh peragut tersebut.
Sakit hatinya aku tengok video ni.. tengok tergolek macam tu..
Celaka punya manusia!!
Just a normal day in Klang. pic.twitter.com/7XzOifUFjj— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) April 18, 2024
Peragut tutup nombor plat guna plastik
Walaupun video rakaman itu boleh dijadikan bukti untuk siasatan, rupa-rupanya peragut tersebut sudah merancang taktik untuk mengelakkan dirinya dikesan oleh pihak polis. Rupa-rupanya, peragut itu sudah memasang plastik untuk menutup nombor plat motosikalya.
Saksi kejadian ada share video dashcam.. bijak peragut ni.. ragut adik aku. tutup nombor plat dengan plastik. Dalam beg tu ada Iphone 14, duit cash, dompet, kad pengenalan, kad bank. Kaki tangan luka.
Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis tiada lagi kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung video rakaman dashcam yang tular ini.
Di ruangan balas, rata-rata netizen di X tidak berpuas hati dengan peragut tersebut. Selain itu, ada juga yang memberi nasihat kepada umum mengenai keselamatan ketika menunggang motosikal.
Harap ada keadilan untuk mangsa..
Sumber: X