in

“Penyitaan terbesar dalam sejarah Indonesia” – Skandal Rasuah Minyak Sawit, Wang Bernilai RM3.6 Bilion Disita

skandal rasuah minyak sawit RM3.6 bilion

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Negara tetangga kita, Indonesia dikejutkan dengan rampasan aset bernilai lebih 11.88 trilion rupiah (kira-kira RM3.6 bilion) susulan skandal rasuah yang melibatkan permit eksport minyak sawit mentah (CPO) di negara itu.

Pendakwa Raya Indonesia (AGO) menyatakan terdapat lima anak syarikat kumpulan agribisnes yang berpangkalan di Singapura, Wilmar Group terlibat dalam skandal rasuah terbesar sepanjang sejarah Indonesia.


Pengarah Pendakwaan Unit Jenayah Khas AGO, Sutikno berkata, syarikat-syarikat yang terlibat dalam skandal ini, iaitu Multimas Nabati Asahan, Multi Nabati Sulawesi, Sinar Alam Permai, Wilmar Bioenergi Indonesia, dan Wilmar Nabati Indonesia, telah menyerahkan wang rampasan tersebut.

Artikel berkaitan: Individu Selamba Papar Jalankan Khidmat Rentas Sempadan M’sia ke Indonesia Secara Haram Di TikTok

Artikel berkaitan: Selar Insiden Jemaah Meninggal Dalam Pesawat, Arab Saudi Beri Amaran Potong Kuota Haji Indonesia

Penyerahan ini adalah sebagai ganti rugi terhadap kerugian kewangan yang dialami oleh negara.

“Kes ini berkaitan dengan penyalahgunaan permit eksport semasa larangan eksport sawit pada 2022, ketika Indonesia mengalami krisis minyak masak.

“Syarikat ini dituduh mengaut untung secara haram sepanjang tempoh itu,” katanya.

Dalam sidang media itu, sebanyak 2 trilion rupiah (kira-kira RM606 juta) wang tunai dipamerkan di atas meja besar, dikelilingi lapan pegawai pendakwa.

Wang tersebut disusun dalam bentuk ikatan wang tunai 100,000 rupiah (kira-kira RM26) yang hampir memenuhi seluruh ruang pameran.

Walaupun nilai rampasan mencecah 11.88 trilion rupiah, Mahkamah Korupsi Jakarta pada Mac lalu membebaskan lima syarikat terbabit daripada sebarang pertuduhan jenayah sehingga mencetuskan kontroversi besar.

Kejagung Sita Rp11 Triliun dari

Kini, Pejabat Peguam Negara (AGO) telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Agung Indonesia bagi kes ini.

Sementara itu, tiga hakim ditahan selepas disyaki menerima rasuah daripada peguam syarikat yang meminta untuk menggugurkan sabitan ke atas syarikat korporat terbabit termasuk Wilmar, Permata Hijau dan Musim Mas Group.

Mahkamah Rasuah dalam penghakiman pada 19 Mac lalu memutuskan bahawa syarikat-syarikat tersebut bersalah mengeksport sawit tanpa permit, namun anehnya, mahkamah turut memutuskan bahawa perbuatan itu bukanlah satu jenayah.

Difahamkan, semua wang rampasan ini disimpan dalam akaun escrow di Bank Mandiri dan dikawal selia Unit Jenayah Khas AGO.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.