in

Penyanyi BBNU Putus Tunang, Bawa Diri Keluar Negara Sebab Suka Kaum Sejenis?

penyanyi bbnu gay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba terdapat sebuah cerita yang menimbulkan perbualan dalam kalangan netizen.

Seorang penyanyi lelaki baru dikatakan telah membawa diri ke luar negara selepas memutuskan pertunangannya gara-gara terkantoi dia mempunyai nafsu songsang atau dalam kata lain dia menyukai kaum sejenis.


mlm
Gambar Hiasan

Menurut sebuah portal hiburan, penyanyi berkenaan difahamkan menyertai sebuah program realiti dan namanya menjadi sebutan kerana dia dijangka memenangi pertandingan nyanyian tersebut.

Selain itu, penyanyi kacak ini juga baru-baru ini menjadi penyanyi runut bunyi (OST) sebuah drama yang sedang ditayangkan.

Dalam akaun media sosialnya, ramai sedia maklum si jejaka ini sudah pun mengikat tali pertunangan pada tahun lalu, namun tiba-tiba hubungan pertunangan itu dikatakan telah diputuskan sejurus keluarga belah wanita mengetahui seksualiti jejaka tersebut.

“Siapa ya?” 

Gosip ini menjadi buah mulut netizen dan di media sosial ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka tersebut.

si

Banyak betul spekulasi mengenai penyanyi ini, tapi apa-apa pun harap industri muzik Malaysia bertambah maju lah ya! 

Baca: Ghairah Bercium Di Kelab, Penyanyi Lelaki 22 Tahun Jadi Bualan Netizen

Penyanyi Lelaki Kelab 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.