Penyampai radio Hitz Sarawak, Yusuf Syukri tampil memohon maaf atas tindakannya mentertawakan seorang guru yang mengajar dalam bahasa Inggeris menerusi program Didik TV.
Dalam kenyataannya menerusi satu video di Facebook, Yusuf akui silapnya atas tindakkannya yang dikatakan agak keterlaluan itu dan memohon maaf kepada guru tersebut.
Saya rasa saya tak patut gelakkan dia”
Katanya lagi, dia menyedari bahawa dalam program itu, guru-guru yang terlibat dalam program tersebut mengajar secara sukarela.
“Saya baru sahaja menyedari bahawa dalam program ini, guru-guru ini sebenarnya suka rela mengajar di hadapan kamera Saya rasa saya tak patut gelakkan dia, saya ingin meminta maaf atas tindakan saya kepada ahli keluarga, guru-guru dan mereka yang tersinggung dengan video yang saya dah buat tu.”
Yusuf juga meminta bantuan netizen yang mengenali guru tersebut dengan harapan dapat menghubunginya untuk memohon maaf secara peribadi kepada guru itu dan ahli keluarganya
Dalam masa yang sama, Yusuf juga membuat keputusan untuk rehatkan diri sebentar dari media sosial.
Atas teguran dan kritikan netizen, Yusuf menjelaskan bahawa dia bersikap terbuka dengan komen netizen terhadapnya kerana bagi Yusuf, ia dapat memberi pengajaran kepadanya untuk lebih peka dengan sensitiviti dalam sesuatu perkara.
https://www.facebook.com/1104732979/posts/10218199903644767/
Harap dapat lah warganet bantu dirinya untuk tebus balik kesalahan yang dia dah lakukan.
Sementara itu, HitzFM Sarawak telah membuat kenyataan dan sedang menjalankan siasatan dalaman. Malah, dia digantung tugas buat masa ini.
https://www.instagram.com/p/CLd4ZYPFTA8/?igshid=17y87u3oz1x2v