in

Penyampai Berita Rupanya Rakan Arwah Nur Farah, Tahan Sebak Ketika Baca Berita Penemuan Mayat Sahabat

Sampaikan Berita Sahabat Meninggal Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini ternyata hari duka bagi rakyat Malaysia apabila wanita yang dilaporkan hilang pada Rabu lalu, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ditemui meninggal dunia di sebuah ladang kelapa sawit, Kampung Seri Kledang, Hulu Selangor.

Sebelum ini, difahamkan Nur Farah Kartini dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan sebelum ditemui maut pada jam 6 petang semalam, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.


Nur Farah Kartini Abdullah Hilang E1720768287958

Berita tersebut ternyata memberi impak kepada individu yang rapat dengannya termasuklah sahabat arwah, Anas Farihin yang juga penyampai berita RTM.

Artikel berkaitan: Kes Pembunuhan Nur Farah Kartini: Penjawat Awam Yang Ditahan Tiba Di Mahkamah

Artikel berkaitan: Selepas 20 Hari Hilang, Muhammad Danish Akhirnya Ditemui Selamat Di Dataran Merdeka

“Sebak di dada perlu ditahan” 

Anas menerusi perkongsian di TikTok telah berkongsi rakaman berita tengah malam yang dibacanya, di mana dia perlu menyampaikan berita berkenaan kematian sahabat sendiri di kaca TV.

Menurut Anas, pengalaman menyampaikan berita tersebut merupakan sesuatu yang mencabar apabila dia perlu menahan emosi, ekspresi dan sebak ketika membaca berita mengenai Nur Farah.

@thenoshlerr

إنا لله وإنا اليه راجعون Ini kali pertama aku menyampaikan berita dimana taha professionalku betul2 tercabar. Waktu ni emosi ini perlu dijaga, ekspresi ini perlu dikawal, sebak didada perlu ditahan. Faa ini baik orangnya, santun budi pekertinya, wajahnya tak lekang dengan senyuman dan kerjanya dan dedikasinya sentiasa diutamakan. Semoga Faa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah #justiceforfa #upsi

♬ original sound – AnasFarihin – AnasFarihin

Ini kali pertama aku menyampaikan berita di mana tahap profesionalku betul-betul tercabar. 

“Waktu ini emosi ini perlu dijaga, ekspresi ini perlu dikawal, sebak di dada perlu ditahan. Faa ini baik orangnya, santun budi pekertinya, wajahnya tak lekang dengan senyuman dan kerjanya dan dedikasinya sentiasa diutamakan. 

“Semoga Faa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al fatihah,” tulisnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai komen daripada netizen yang memberi kata-kata semangat kepada Anas dan mendoakan agar keadilan dapat ditegakkan buat arwah Nur Farah.

Kes Farah

Semoga keluarga dan rakan-rakan arwah tabah hadapi dugaan ini. Al Fatihah. 

Sumber: TikTok

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.